Rakyat Pahang bakal mendapat Menteri Besar baru, jika UMNO BN terus mengekalkan kuasa di negeri itu. Inilah isu hangat yang sering diperkatakan oleh ramai pihak sekarang ini, termasuk dari kalangan penyokong UMNO BN sendiri. Kini heboh diperkatakan bahawa tempoh hayat MB sekarang iaitu Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto), bakal berakhir penggal ini. Ia ditambah lagi dengan perkenan Tuanku Sultan Pahang untuk menganugerahkan pingat darjah kebesaran tertinggi khas kepada beliau ketika hari ulangtahun baginda kali ini.
Adnan dianugerahkan “Dato’ Sri DiRaja”, iaitu satu anugerah yang julung-julung kalinya diberikan kepada mana-mana pemimpin negeri sebelum ini. Malah, kewujudan anugerah itu adalah bukti penghargaan Sultan Pahang kepada Adnan selepas hampir 12 tahun mengambilalih tampuk pimpinan negeri daripada Tun Khalil Yaakob dulu. Soalnya sekarang, ke mana haluan Adnan jika benar beliau akan ditamatkan karier politiknya sebagai MB Pahang kali ini?.
Apakah dia akan dihantar ke pusat seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini?. Atau, Adnan akan berehat dan berundur dari kancah politik. Inilah yang sedang bermain difikiran rakyat Pahang mutakhir ini. Desas-desus Adnan akan ditukarkan kini bertiup kencang dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, ramai yang menganggap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak pasti melakukan rombakan besar-besaran kali ini selepas melihat tahap prestasi perkhidmatan Adnan yang dilihat semakin merudum sekarang ini.
Sejak memimpin negeri Pahang, Adnan sentiasa menyajikan “bajet defisit” untuk dinikmati oleh rakyat negeri ini. Hanya sesekali sahaja bajet memberangsangkan dibentang oleh Adnan, manakala yang lainnya tetap sama. Pahang dihimpit hutang yang tinggi dengan kerajaan pusat sejak UMNO BN memerintah negeri ini sebenarnya.
Adnan dianugerahkan “Dato’ Sri DiRaja”, iaitu satu anugerah yang julung-julung kalinya diberikan kepada mana-mana pemimpin negeri sebelum ini. Malah, kewujudan anugerah itu adalah bukti penghargaan Sultan Pahang kepada Adnan selepas hampir 12 tahun mengambilalih tampuk pimpinan negeri daripada Tun Khalil Yaakob dulu. Soalnya sekarang, ke mana haluan Adnan jika benar beliau akan ditamatkan karier politiknya sebagai MB Pahang kali ini?.
Apakah dia akan dihantar ke pusat seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini?. Atau, Adnan akan berehat dan berundur dari kancah politik. Inilah yang sedang bermain difikiran rakyat Pahang mutakhir ini. Desas-desus Adnan akan ditukarkan kini bertiup kencang dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, ramai yang menganggap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak pasti melakukan rombakan besar-besaran kali ini selepas melihat tahap prestasi perkhidmatan Adnan yang dilihat semakin merudum sekarang ini.
Sejak memimpin negeri Pahang, Adnan sentiasa menyajikan “bajet defisit” untuk dinikmati oleh rakyat negeri ini. Hanya sesekali sahaja bajet memberangsangkan dibentang oleh Adnan, manakala yang lainnya tetap sama. Pahang dihimpit hutang yang tinggi dengan kerajaan pusat sejak UMNO BN memerintah negeri ini sebenarnya.
Prestasi Anak Syarikat Merudum Di Zaman Adnan
Dalam masa yang sama, banyak anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang didapati berada dalam keadaan kritikal termasuk yang terus bangkrap seperti Astana Golf & Country Club yang telah disita akibat hutang pinjaman RM30 juta yang tidak dibayar kepada Agro Bank. Tragedi itu menyebabkan ramai kakitangan agensi terbabit terpaksa berdemo akibat kehilangan pekerjaan (foto).
Semenjak Adnan menjadi MB dan Pengerusi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, banyak masalah yang berlaku sebenarnya. Antaranya saham Hyatt Kuantan telah dijual, PASDEC Resources hilang tanpa nisan, Samudera Riverview Hotel tersadai layu dan banyak lagi. Malah terbaru termasuk juga Mentiga Corporation, PKNP, Kurnia Setia dan beberapa buah lagi anak syarikat yang dilihat “hidup segan mati tak mahu”.
Semuanya merudum dan berada dalam keadaan yang sungguh memalukan. Itu belum termasuk lagi Amanah Saham Pahang, Yayasan Pahang dan lain-lainnya. Ramai yang tahu hakikat ini, namun mereka tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan. Ada diantara mereka takut untuk melaporkan permasalahan yang berlaku kerana jawatan dan takut kehilangan pekerjaan.
Justeru itu, kami terpaksa mendedahkan dan membongkar beberapa masalah yang melanda anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang dilihat tidak bermaya semenjak Adnan berkuasa.
Terdapat Bukti Dakwaan MB Salah Guna Kuasa
Rakyat Pahang selama ini telah diperbodohkan oleh Kerajaan negeri Pahang yang dipimpin oleh Adnan Yaakob. Malah ada banyak projek anak syarikat yang dipercayai telah dimonopoli oleh proksi dan ahli keluarga beliau sendiri, termasuk isu lombong bijih besi (foto), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Kuala Lipis. Semua ini akan kami dedahkan satu persatu, betapa rakusnya keterlibatan ahli keluarga Adnan Yaakob dalam memperkayakan suku sakat mereka. Sudah tiba masanya penyelewengan ini dibongkarkan agar rakyat Pahang tahu siapakah Adnan Yaakob itu sebenarnya.
Malah, terdapat banyak maklumat kini Adnan menggunakan nama proksinya untuk membolot segala hasil khazanah rakyat Pahang seperti lombong emas, lombong bjih besi, balak, tanah dan sebagainya. Malah dalam kes Astana Golf itu sendiri pun sebenarnya syarikat ahli keluarga Adnan juga terlibat mengendalikan kontrak penyelenggaraan. Namun, kontrak beliau ditamatkan beberapa bulan sebelum isu “sita” itu muncul bagi mengaburi mata rakyat Pahang.
Walhal jika disiasat, kemungkinan besar ada kes yang melibatkan ahli keluarga MB dalam insiden itu dulu. Apa yang lebih menyedihkan ialah Adnan tergamak melantik proksi adik beradiknya untuk memimpin anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Hasilnya, projek dan hasil yang diharapkan telah hilang sama sekali.
Malah terdapat dakwaan yang kaum kerabat dan ahli keluarga beliau mendapat untung yang berlipat ganda daripada hasil yang sepatutnya masuk ke kantung anak syarikat kerajaan negeri itu sendiri. Lantaran itulah, kita tidak pelik apabila Adnan baru-baru ini menggesa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri. Selain dari itu. rakyat juga harus menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di daerah Rompin, Maran, Kuala Lipis dan juga dari daerah Jerantut.
Rakyat Pahang Bakal Dapat MB Baru Dari Rompin
Menurut sumber, semua itu dilakukan oleh Adnan kerana menyedari tempoh hayatnya memimpin Pahang sudah sampai ke penghujungnya. Malah, Adnan sendiri tahu yang PM Najib Razak pasti akan menukarkan beliau dengan calon lain selepas ini memandangkan beliau tidak “sebulu” dengan Presiden UMNO itu.
Difahamkan, kini Adnan sedang sibuk menghitung kawasan parlimen mana beliau harus tandingi dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Khabarnya antara parlimen yang menjadi idaman beliau ialah Indera Mahkota atau Kuantan yang kini diwaklili oleh wakil rakyat pembangkang (PKR). Soalnya sekarang, jika Adnan dihumbankan ke pusat maka siapakah yang akan mengambil alih jawatan MB Pahang selepas ini?.
Terdapat maklumat mengatakan calon pilihan Najib setakat ini ialah Ahli Parlimen Rompin dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Dato’ Jamaluddin Jarjis (foto). Beliau dikatakan akan bertanding di kerusi DUN dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Kemungkinan besar ialah di DUN Muadzam Shah yang kini diwakili oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia iaitu Dato’ Maznah Mazlan. Maznah yang dilantik sebagai Senator itu akan ditukarkan untuk bertanding di Parlimen Rompin mengantikan tempat Dato’ JJ. Besar kemungkinan itulah percaturannya kerana Dato’ JJ adalah “orang kepercayaan” paling kanan yang terapat dengan Najib.
Justeru itu, sudah pasti jika ini berlaku maka ia akan menakutkan orang-orang Adnan yang masih berada dalam kabinet beliau sekarang ini. Antaranya seperti Dato’ Sharkar Shamsuddin yang dikatakan bakal mengantikan Adnan jika beliau mengosongkan kerusi MB sebelum ini. Namun kini, sengalanya bakal tidak menjadi kenyataan jika Adnan diundurkan nanti. Apapun, segalanya terletak ditangan Sultan Pahang untuk memperkenankan siapakah MB baru itu nanti. Andai benar dakwaan ini, maka sudah pasti warga Rompin akan bergembira kerana MB Pahang yang baru bakal didatangkan dari kawasan mereka.
[Sudah tiba masanya, rakyat Pahang membuat perhitungan sewajarnya dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Usah terpedaya lagi dengan sikap pemimpin yang gemar memomokkan kononnya mereka pandai memerintah dan hanya mereka yang layak berkuasa. Sedangkan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, kini mereka selesa menikmati berbagai kebajikan yang dijanjikan sebelum PRU-12 lalu. Namun, di Pahang rakyatnya terus terdera dengan berbagai-bagai penderitaan yang tetap akan kunjung tiba terutamanya isu air.
Ramai yang kecewa, Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar mahu menyalurkan air ke Lembah Kelang sedangkan dalam masa yang sama masalah air yang menghantui ribuan rakyat negeri ini masih gagal ditangani dengan sebaiknya. Janji tinggal janji, akhirnya subsidi di berikan kepada rakyat dalam keadaan tarif air yang sudah dinaikkan tanpa disedari.
Rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi atas penggunaan air yang sama sekarang ini. Itu belum termasuk mereka mengenakan caj kepala meter RM1 dan RM2 bagi mengaut keuntungan mudah, dikala rakyat Selangor menikmati air percuma sejak dua tahun yang lalu. Oleh itu, kepada seluruh rakyat Pahang maka inilah masanya untuk membuat perubahan demi memastikan masa depan yang lebih bermakna. Kerajaan yang rosak dan menyeleweng tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyatnya, kerana jiwa-jiwa mereka sudah rosak dengan unsur kebathilan].