by Dunia Hanya Sementara on Thursday, December 9, 2010 at 2:10am
Roslan Alan
Isu berkawan dengan syaitan adalah propaganda jahat umno ketika Zainudin Maiden menjadi setiausaha parlimen Kementerian Penerangan. Ketika itu mamak maiden yang juga jaguh propaganda telah menggunakan media sepenuhnya untuk menyalurkan kebencian terhadap Pas dengan mengambil ucapan2 pemimpin Pas kemudian dipotong supaya ucapan itu nampak jahat sebelum disiarkan.
Lalu ucapan itu ditayang berulang2 kali sehingga menimbulkan rasa meluat rakyat pada tv dan media. Bahkan berberapa kali Pas cabar agar mamak maiden menyiarkan sepenuhnya ucapan2 pemimpin Pas supaya rakyat faham apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz. Mamak maiden enggan berbuat demikian kerana bimbang tembelangnya pecah.
Sebenarnya Nik Aziz telah pun mengulas tentang bagaimana beliau menjawab soalan wartawan mengapa Pas mahu berkerjasama dgn DAP pada 23 Januari 1999: `Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahlah DAP, syaitan (jin) pun boleh saya terima' ujar Nik Aziz.
Maksud Nik Aziz kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk Islam (dlm isu bekerjasama dengan DAP) termasuk Syaitan * jin disebut syaitan oleh org kelantan. Contoh: Najib dan Rosmah meracau-racau dari tadi kerana dirasuk syaitan/jin.
Jin/syaitan menurut bahasa kelantan berbeza dengan iblis. Macai umno kena faham yang ini dulu. Ini istilah Kelantan. Manakala iblis sehingga kiamat menentang Allah.
Firman Allah dalam surah, yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!`Kitab Yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.”(Jin 1-2)
Berdakwah tidak terhad kepada sesama manusia. Jin/Syaitan, umno, Dap, MCA atau MIC juga adalah prospek dakwah. Asalkan mereka terima Islam kita hendaklah berbaik-baik dalam urusan memelihara agama.
Bagi mengelak macai umno ditipu hidup2 oleh pemimpin umno yang bingai, macai umno hendaklah baca buku-buku mengenai Nik Aziz sejak beliau mula menerjuni diri dalam politik mulai tahun 1967 hinggalah ke hari ini. Cuba kaji kata-kata dan pemikiran serta pendekatan politiknya yang sungguh bervariasi dan menakjubkan.
Kalau kita hendak mengenali seseorang kita harus mengikuti perkembangan pemikiran dan hujah-hujahnya secara penuh dalam politik. Adalah silap kalau kita menghukum seseorang itu hanya dari khabar, sedutan ucapan yang dipotong, propaganda jahat media ataupun dalam tempoh masa yang pendek.
Ingatlah Islam diturunkan untuk semua makhluk. Pas, umno, PKR, Dap, MCA, MIC, PPP, Jin, haiwan, anjing, babi, kucing, gunung-ganang, langit-bumi, semuanya adalah makhluk Allah.
Allah berfirman:Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”(al-Zariyat 56)
Begitu juga dalam surah al-Ahqaf terdapat cerita jin mendengar Al-Qur’an lalu kembali menceritakannya kepada kaum mereka.
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (Wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
...Wahai kaum kami (jin)! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadaNya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(al-Ahqaf 29-31)