Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 9, 2011

Ibrahim Ali yg "SAKIT" dakwa John Malott ‘sakit’ ???


KUALA LUMPUR, 9 Feb – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa ada rakyat Malaysia “yang sudah hampir mati politik” berada di belakang John Malott sehingga bekas duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu secara berterusan menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ibrahim berkata, tuduhan Malott yang mengatakan Najib yang menyebabkan ketegangan kaum dalam negara ini adalah satu perkara yang serius.

Beliau juga menyifatkan Malott sebagai “sakit” dan perlu dibawa rawatan di pusat psikiatri.

“John Malott seorang lelaki yang sakit dan perlu dibawa ke pusat psikiatri, saya bagi alasan dasar Perdana Menteri walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak gembira tapi kita sokong.

“Kalau lihat apa yang Perdana Menteri buat selama ini menunjukkan beliau mengambil berat terhadap semua rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini pada sidang media di sini.

“Tapi John Malott kata Perdana Menteri timbulkan ketegangan, dia (Malott) ini sakit jiwa,” katanya.

Ibrahim juga berkata, beliau pasti ada orang Malaysia suruh “dia yang minta bantuan, ada orang yang sudah mahu mati politik berada di belakang untuk memberikan pandangan tak baik terhadap Perdana Menteri.”

Dalam tulisan terbarunya, Malott mengecam Najib berhubung konsep 1 Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan oleh Asia Wall Street Journal semalam.

Dalam artikel bertajuk ‘The Price of Malaysia’s Racism’ (Harga Perkauman di Malaysia) itu, beliau menempelak idea 1 Malaysia yang nyata bertentangan dengan tindakan pemimpin politik Umno. - Pencacai SeMalaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular