ini satu lagi spesis ketuanan KAUM/.pegi lah dengan parti Hindarf hang le utayakumar..berjuang atau sokong tak mau tetiba saja mau 15 kerusi..hang ambil kerusi plastik 30 boleh le..asamgaram perjuangan tak mau dikongsi sama tang kerusi nak tuntut..pastu asyik dgn perkauman India dia aje..,,jenis ini akan jadi virus kalau diberi muka dalam PR..
Hindraf-Parti Hak Asasi Manusia (HRP) telah memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat supaya memberi laluan kepada parti kaum India itu bertanding satu lawan satu dengan BN di 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi negeri dalam pilihanraya umum akan datang.
Dalam surat yang dihantar hari ini kepada ketua umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar berkata jika Pakatan tidak memenuhi permintaan parti itu, gabungan itu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru di kawasan berkenaan.
Sebagai ganjaran tidak bertanding, menjanji sokongan dan menyediakan bantuan jentera kepada HRP, Pakatan akan mendapatkan "sokongan tidak berbelah bagi dan kerjasama di semua 207 kerusi parlimen dan 538 kerusi DUN untuk memenangi semula sokongan pengundi India.
Beliau berkata, pihaknya telah menyokong (Pakatan) dalam pilihanraya umum ke-12, dan sekarang "kami meminta anda membalas budi itu."
Uthayakumar berkata, pihak berharap Pakatan tidak akan meletak calon di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan tinga penjuru "menentang musuh politik bersama kita (Umno-BN).
Dikehendaki: Ijok, Lembah Pantai, Padang Serai
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat HRP di di Bangsar, Kuala Lumpur, Uthayakumar berkata bahawa kerusi yang dipilih itu mempunyai jumlah besar pengundi India, termasuk kerusi yang kini diwakili wakil rakyat PKR seperti Padang Serai di Kedah, Ipoh di Perak Barat, Kota Raja di Selangor dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur.
Mereka juga berminat dengan kerusi parlimen Sungei Siput, Perak, yang
kini diwakili oleh anggota jawatankuasa pusat PSM, Dr D Jeyakumar.
Uthayakumar berkata, 15 aktivis setia Hindraf telah disenarai-pendekkan sebagai calon.
"Mereka telah teruji, telah menjadi sebahagian daripada Hindraf sejak hari pertama, tidak akan melompat ke parti lain dan sama kuat dengan calon PAS," katanya.
Ditanya mengapa HRP memilih untuk tidak menyokong calon Pakatan di kawasan pilihan raya berkenaan, Uthayakumar berkata, ia kerana isu yang dihadapi oleh masyarakat miskin India di situ tidak di bawa ke Parlimen.
Bagaimanapun, HRP tidak menolak kemungkinan bertanding di bawah tiket Pakatan jika mereka gagal mendaftarkannya sebagai parti
politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjelang pilihan raya umum akan datang.
Uthayakumar berkata, pihaknya telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan oleh ROS pada 25 November.
Menurutnya sama ada didaftar atau tidak, mereka akan bertanding, termasuk sebagai calon Bebas.
Kerusi parlimen yang dituntut bahawa HRP ialah:
1. Padang Serai (Penyandang: PKR-N Gobalakrishnan)
2. Batu Kawan (DAP-P Ramasamy)
3. Sungei Siput (PSM-Dr D Jeyakumar)
4. Ipoh Barat (DAP-N Kulasegaran)
5. Bagan Datoh (Datuk Zahid Hamidi BN-Ahmad)
6. Cameron Highlands (BN-SK Devamany)
7. Hulu Selangor (BN-P Kamalanathan)
8. Kuala Selangor (PAS-Dzulkefy Ahmad)
9. Klang (DAP-Charles Santiago)
10. Kota Raja (PKR-Dr Jeyakumar Xavier)
11. Rasah (DAP-Anthony Loke)
12. Teluk Kemang (PKR-Kamarul Baharin Abbas)
13. Alor Gajah (BN-Fong Chan Onn)
14. Tebrau (BN-Teng Boon Soon)
15. Lembah Pantai (PKR-Nurul Izzah Anwar)
Malam ini, Uthayakumar juga akan dilancarkan buku kedua yang
ditulisnya ketika 514 hari berada dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Berjudul '25 November Hindraf Rally 2007 ", buku setebal 400 halaman itu merupakan catatan peribadinya mengenai peristiwa yang membawa kepada perhimpunan bersejarah yang disertai oleh 30,000 kerana memprotes diskriminasi terhadap kaum India, dan pengalamannya di bawah ISA.
Sunday, December 19, 2010
TOP Ten Minggu INI
-
Tak sangka pula ada acara baru dalam Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini. Acara rogol bergilir-gilir. Itulah hakikat yang kita perlu telan kali...
-
Anak Mahathir antara 3 Melayu terkaya di Malaysia KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Mokhzani Ma...
-
Sekali lagi isu sumpah berdengung hebat di dalam negara kita. Dalam peruntukan perundangan Islam, amalan sumpah wujud dengan syarat-syarat t...
-
Kita sudah mendengar desas-desus tentang pilihan raya dan bermacam-macam kemungkinan lagi. Yang terbaru ialah ialah khabar angin kononnya Pe...
-
Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya...
-
TAHUKAH ANDA!!! Tempoh Tamat Konsesi Tol PLUS (Projek LebuhRaya Utara-Selatan)
-
by pria malaya Isu YB Teo masuk perkarangan Masjid: Lagi Umno menunjukkan kejahilan mereka...
-
Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata bahawa pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin...
-
Maklumat sahih yang diperolehi dari seorang guru di sebuah sekolah terkemuka di Melaka semalam sungguh menggemparkan semua.
-
Jika bercerita tentang Rejimen Ke-10, tak dapat tidak harus menyebut Sunga i Pahang, perjuangan Datok Bahaman, PKMM, API, PETA, AWAS, Baris...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??