BN mula berkempen di Tenang
Ahmad Maslan telah mengumumkan kawasan tumpuan kempen Umno adalah di kawasan Felda iaitu di Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang.
Serentak dengan majlis ramah mesra itu Ahmad Maslan tanpa segan silu memberitahu beliau bersama seluruh jentera BN dan Umno akan turun padang dengan mengadakan sesi penerangan kepada semua pengundi di kawasan berkenaan lawatan beliau di Tenang iaitu pada 21 Disember lepas.
Persoalannya, mengapa umno begitu takut dengan Felda yang merupakan pemberi undi terbanyak kepada BN di sepanjangn musim pilihanraya yang lalu?
Kempen pilihanraya Umno di kawasan Felda telah bermula, sebelum SPR mengumumpkan tarikh penamaan calon. Inilah rupa umno sebenarnya.
Oh ya, baru JOHORKINI sedar Ahmad Maslan ada berkata:
“Pokok pangkalnya, kita sentiasa membela peneroka dan generasinya. Kita sudah berjaya mengeluarkan generasi pertama daripada kemiskinan tegar dan sekarang ini Felda akan terus membantu generasi kedua dan ketiga dengan memberikan pelbagai kemahiran bagi meneruskan kehidupan. Kita tidak lagi memberikan ikan kepada mereka tetapi kita ajar mereka cara mengail ikan,”
Disebabkan Felda sentiasa membela nasib peneroka, maka beberapa peneroka dari beberapa wilayah Felda telah berjaya didalam tuntutan mereka keatas Felda diatas pengkhianatan dan penipuan felda kepada peneroka. Manis dimulut itulah yang Ahmad Maslan berikan gula-gula pilihanrayanya kepada penduduk Felda.
Di Felda Chempelak sendiri menghadapi kelambatan pembinaan Rumah Mesra Rakyat yang mungkin pada PRK yang ibarat durian runtuh ini akan menyelesaikan masalah ini.
Lebih banyak pendedahan penyelewangan dan penghakisan hak-hak peneroka oleh Felda akan didedahkan, ini adalah kerana JOHORKINI melihat umno ibarat orang yang telah ‘malu alah’ akibat pendedahan segala pekong, kurap, kudis, panau yang ada dan dengan kehadiran Pakatan Rakyat yang membuka segala penyakit umno dan felda ini mereka telah mula mengadakan kempen lebih awal untuk meraih simpati peneroka.
Ini semua adalah disebabkan ANAK yang kian mendapat tempat dihati peneroka kerana ANAK telah menyelesaikan banyak penipuan Felda hingga ke Mahkamah. Harapkan UMNO mereka akan sentiasa menipu peneroka bukannya membuka jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh peneroka.
Posted in Johor