Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, December 22, 2010

A'ah semenjak 53 tahun Anwar Ibrahim jadi Perdana Menterilah banyak kedaulatan negara tergadai !


from GARAMLADA 

Kalau tahun-tahun 60an dan 70an dahulu zaman kerajaan UMNO/Perikatan, anasir komunis adalah musuh utama kerajaan UMNO/Perikatan tetapi sekarang Anwar Ibrahim secara peribadi duduk di rangking pertama sebagai musuh utama UMNO/BN pula.

Ketua Pemuda UMNO yang hingga kini masih tidak layak menjadi menteri itu telah tampil sekali lagi sebagai broker kerajaan 'Ketuanan Melayu' UMNO/BN dengan mengatakan bahawa kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Ketuat Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.
"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya....
A'ah dalam bodoh-bodoh dan bangang-bangang, KJ betul juga...... sejak 53 tahun Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia lah maka Malaysia hilang kedaulatan:

1. ke atas Singapura kepada Lee Kuan Yew.
2. ke atas Pulau Batu Putih
3. Ke atas Tanjung Pagar (Tanah pusaka KTM )
4. Bukit takungan air Singapura di Johor.
5. Air sendiri jual murah kepada Singapura dan beli semula air sendiri itu dengan harga yang mahal dari Singapura...bodohnyaaa... ini semua kerana selama 53 tahun ini Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysialah ini.
6. Dan baru-baru melalui pendedahan WikiLeaks, Lee Kuan Yew katanya kata kepada Anwar Ibrahim seorang Perdana Menteri 'opportunist" dan sedang terancam dengan satu kes pembunuhan !! Hai...Anwar....Anwar...teruknya engkau jadi Perdana Menteri Malaysia selama ini !!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular