| Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tindakan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara dan menguntungkan Apco Worldwide, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Katanya, Anwar (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah sebahagian dari Ahli Parlimen yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara. "Pasaran dan masyarakat perniagaan tempatan dan antarabangsa melihat sendiri bagaimana penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan," kata beliau. Menurut Mahfuz, perkara itu boleh mengakibatkan terancamnya rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini. "Jika penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan, ia boleh menyebabkan masyarakat perniagaan dan para pelabur dihantui kebimbangan bahawa mereka juga boleh dizalimi sedemikian dan perkara itu dengan sendirinya menghakis serta menjejaskan rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan tidak bertanggungjawab. Umno dan Barisan Nasional (BN), katanya, sanggup mensabotaj ekonomi negara semata-mata untuk memuaskan kehendak mereka. "Akhirnya, apabila ekonomi negara menghadapi krisis kepercayaan dan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa terhadap sistem keadilan negara ini jatuh merudum, Apco jugalah yang akan mendapat untung kononnya dengan melaksanakan usaha-usaha perhubungan awam dan komunikasi untuk memulihkan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa dan para pelabur," katanya. Mahfuz yakin, rakyat negara ini akhirnya akan sedar bahawa kebanyakan tindak-tanduk Umno BN akhirnya hanya menguntungkan firma Yahudi Zionis itu. |
Wednesday, December 22, 2010
Gantung: Ekonomi negara jahanam, Apco untung
TOP Ten Minggu INI
-
WarkahDaily – Undi dah diberi tapi budi pulak tak dibalas. Memang haram jadah punya kerajaan BN.
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
[By Our Guest Writer from Asian Tatler Magazine] Mixing business with partying – an example for Sarawak’s womanhood?
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
Dua hari ini aku cukup gembira kerana ingat simpan filem porno itu halal .. rupanya haram .. Wakakakak !!! Bangang !
-
"Arts-ED ingin menjelaskan bahawa risalah myBalikPulau TIDAK bertujuan untuk mengubah sejarah. Kami TIDAK PERNAH dan TIDAK BERNIAT untu...
-
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bul...
-
A hli Parlimen Teluk Intan M Manogaran (kiri) dari DAP dan aktivis MS Arjunan (kanan) yang mengadakan protes membantah novel kontroversial I...
-
Umi Hafilda cabar Baginda bagi tahu di mana letaknya 'birth mark' di tubuhnya
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
Tom Reilly, TULLY February 8, 2011 Click to play video Army helps with Yasi clean-up In the wake of Yasi, the army is helping to repair sch...