Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, December 22, 2010

KHAIRI JAMALUDIN DI KEPUNG


from BICARA ABU NAWAS 

Ini cerita apa pulak? Macam cerita Nujum Pak Belalang. Gadai negara sebab main teka teki. Tapi Sultan Shahrul Nizam gadai negaranya pada Sultan Baginda Masai sebab negaranya belum tergadai. Tapi ini Mamat umno kata negara akan tergadai kalau Anwar jadi PM.


Macam mana Anwar nak gadai Malaysia. Geran hak milik Malaysia umno sudah gadai. Umno gadai Malaysia pada orang putih sejak sebelum negara merdeka lagi. Bacalah buku2 Bapa Abdullah CD. Bacalah buku2 Bapa Rashid Maidin. Bacalah buku2 kiri. Apa yang Umno sudah buat janji dengan British untuk merdeka.

Tapi orang melayu malas membaca. Mereka takut membaca buku2 kiri sebab kononya boleh jadi kafir. Tapi orang melayu tak sedar yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini dengan dan nyawa dan darah adalah orang kiri. Sebab orang kiri masuk hutanlah orang kanan boleh lepak dalam masjid. Sebab orang kirilah British kasi merdeka negara ini pada umno dengan perjanjian yang Kazim Elias  tu tak tau.

Hari ini Mamat Umno ni kata negara nak tergadai kalau anwar jadi PM. Bila masa umno tebus kembali negara yang telah mereka gadai pada British? Kalau belum di tebus macam mana mau gadai ini negara? Patutlah orang umno tak suka pada mamat umno ni. Rupa2nya mamat umno ni bodoh.aku tak kisah sangat kalau bodoh tapi janganlah cakap macam orang tak CERDIK. Sila Klik SEJARAH 
..............................................................................................................

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.
"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.
"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular