Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 21, 2011

Video fitnah paling jahat sedang ditunjuk kepada editor2 media Umno


KUALA LUMPUR: Akibat terdesak, pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak sekarang sedang mengedar video sex palsu kononnya melibatkan tokoh pembangkang.

Video itu telah ditunjukkan kepada editor-editor media milik Barisan Nasional dalam sebuah sidang akhbar rahsia di hotel Carcosa Seri Negara sebentar tadi.
Seorang yang menonton video tersebut memberitahu keadilandaily.combahawa ia adalah jelas satu video palsu untuk memburukkan Pakatan Rakyat menjelasng pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Akhbar-akhbar perdana dan stesen-stesen TV yang dimiliki Barisan Nasional dijangka akan menyiarkan berita mengenainya segera.
Video palsu ini adalah tindakan paling jahat oleh regim BN setakat ini, melebihi kerakusan Nazi di bawah Hitler.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9437
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Benarkah Anwar Terlibat Lagi Dengan Skandal Seks?


Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.
Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini. -mk

Dari Blog Kickdefella

Video Adegan Seks: PAS Perlu Bincang Serius Hubungan Dengan Anwar

Pagi ini video sepanjang 10 minit telah ditayangkan kepada sekumpulan penonton terpilih. Video itu merupakan adegan seks di antara seorang individu Islam terkenal dengan seorang wanita berketurunan cina. Berita mengenai jemputan untuk menonton tayangan video tersebut mula bocor pada tengah malam tadi. Namun adalah dimaklumkan lokasi tayangan hanya dimaklumkan di saat akhir pagi ini.

Tayangan itu berlangsung jam 9 pagi hari ini disebuah lokasi mewah di ibu kota. Sehingga kini tidak diketahui siapakah yang menganjurkan tayangan tersebut dan siapakah perempuan berketurunan cina tersebut.

Blog ini akan melaporkan lebih lanjut berhubung video tersebut di dalam masa terdekat.

Menurut sumber yang dijemput menonton video itu, lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks itu adalah Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan lokasi hubungan seks dilakukan ialah di sebuah SPA. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan imej waraknya dan pernah mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia sedang berdepan dengan tuduhan meliwat buat kali kedua.

Sewaktu beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, terdapat pelbagai dakwaan berhubung aktiviti tidak bermoral beliau yang turut melibatkan mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dan lelaki. Anwar juga didakwa melakukan hubungan seks dengan isteri bekas pegawai khasnya. Bagaimanapun, Anwar menafikan semua pertuduhan tersebut.
Ulasan GB

GB tidak mengiyakan atau menafikan kerana belum melihat dan meneliti video berkenaan sesuai dengan anjuran Al-Quran:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al-Hujurat[49]:6)

Namun sebelum ini GB pernah mengulas di SINI.
Kita hanya mampu berdoa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular