RUNDINGAN RAHSIA SNAP DENGAN BN!
Sarawak Report mendedahkan suatu rundingan rahsia yang telah dicapai dengan SNAP, dalam usahanya untuk menafikan pembangkang tetapi memantapkan lagi cengkaman BN di Sarawak selepas pilihanraya kali ini.
Difahamkan bahawa rundingan, dengan melibatkan BN Persekutuan yang mencurah-curahkan wang kepada SNAP yang baharu sahaja dihidupkan semula (di mana SNAP adalah sebahagian dari pakatan pembangkang), telah diputuskan semasa lawatan PM Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin hujung minggu yang lalu.
Broker utama UMNO Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, yang turut serta sempena lawatan ke Kuching itu dan telah mengadakan perjumpaan secara sulit dengan pemain-pemain utama SNAP.
Rancangan BN-SNAP itu sebenarnya dibuat untuk mengelirukan para pengundi. Strategi BN adalah berlandaskan cubaannya untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah-masalah itu dengan membeli SNAP dan menipu sesebuah kawasan pilihanraya supaya para pengundi akan ditipu untuk mengundi SNAP kerana mereka akan menganggap bahawa SNAP adalah parti pembangkang!
Setiausaha Kehormat SNAP Stanley Jugol secara sembunyi-sembunyi telah mengumumkan rundingan antara SNAP dan BN kepada seorang pemberita akhbar tempatan pada minggu lalu.
Menurut sumber menyatakan bahawa pemberita berkenaan telah menyoal Stanley Jugol mengapa SNAP sering kedengaran menyerang PKR dan bukanya BN yang dianggap 'musuh' sebenarnya. Stanley Jugol menjawab dengan mengatakan SNAP "memerlukan BN untuk menghantar pembangunan kepada orang-orang di luar bandar dan pedalaman, dan jika ia menyerang BN maka bermakna serangan itu akan mengalang pembangunan dibawa masuk ke kawasan-kawasan itu!"
Sumber : DiSINI