Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 22, 2011

Ahmad Bashah 'terlondeh' di kubu sendiri

ALOR SETAR, 22 Mac: Imej Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tidak mungkin dapat dipulihkan lagi apabila dilondehkan di kubu kuatnya sendiri.

Hasrat pemimpin nombor satu Umno Kedah menampilkan watak utama konspirasi 1998, Umi Hafilda Ali dalam program 'merungkai segala rahsia Anwar Ibrahim' yang dijadual malam tadi terpaksa dibatalkan ekoran desakan kuat mereka yang muak dengan fitnah dan pembohongan wanita itu. 
Lebih 300 anak-anak muda dan masyarakat sekitar berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai Taman Wira B, Mergong menyatakan bantahan terhadap penyalahgunaan premis berstatus premis milik kerajaan negeri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 
Mereka yang berkumpul kebanyakannya menyuarakan ketidakpuasan hati apabila Umno memperlakukan sewenangnya dewan orang ramai seperti harta mereka sendiri.
"Ini dewan orang ramai milik kerajaan negeri bukannya hak Umno, selama lebih 50 tahun Umno dah buat harta kerajaan macam harta dia, dewan orang ramai bukan untuk dijadikan markas Umno atau pejabat mana-mana parti politik. 
"Umno harus kosongkan mana-mana dewan milik kerajaan di negeri ini yang selama ini dijadikan markas mereka, termasuk juga Datuk Bashah yang tak malu menumpang di pejabat penghulu dan menjadikan premis itu pejabat operasinya sebagai wakil rakyat Bakar Bata," kata salah seorang dari peserta bantahan pada malam itu. 
Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bakar Bata, Zulkifli Che Harun yang ditemui mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda dan mereka yang berkumpul menyuarakan bantahan mereka terhadap kerakusan Umno itu.
"Bagi pihak MTD dan PAS Kawasan Alor Setar, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak muda dan mereka yang berani menyuarakan bantahan ini di samping berjaya menyekat Umi Hafilda dari terus melemparkan fitnah jahatnya terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
"Ini merupakan petanda kebangkitan golongan muda dan rakyat yang telah muak dan jelak dengan pembohongan dan fitnah Umno dan kuncunya. Kita lihat bagaimana reputasi Datuk Bashah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tercalar kerana dimalukan di kubu sendiri," katanya. 
Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat PAS Kawasan Alor Setar berhubung penganjuran ceramah oleh Umno yang disyaki tidak memohon permit polis dan menyalahgunakan premis awam milik kerajaan untuk tujuan politik sempit mereka.
Sehubungan itu sepasukan anggota polis telah bertindak membatalkan ceramah Umi Hafilda yang kebelakangan ini kerap muncul dengan isu-isu sensasi bertujuan melemparkan fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular