Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 26, 2011

Pemimpin Didahulukan, Tengkuk Mereka Diutamakan

 Rakyat Didungukan, Duit Diutamakkan


Korang redha jelah dengan apa yang tersirat dalam perjuangan nie. Kita jangan risau sangat kalau kita semua dah tak tinggal apa lagi untuk hidup di tanah air kita sendiri. Kita semua kena ikhlas dengan seikhlas-ikhlasnya untuk serah apa semua yang kita ada untuk menampung keperluan hidup ketua negara yang kita sayang-sayang nie.

Kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia tak membantu pemimpin ni semua, siapa lagi. Kita semua wajib!!! tutup mata bila harta kita dirompak, harta negara kita dicuri, hak kita dirampas.

Jika ada walau secupak beras sekalipun yang tinggal di rumah, hendaklah semua tu di kumpul dan didermakan kepada pemimpin yang kita sayang nie. Mereka pasti tak segan silu menerimanya. Walau pun kita berlapar hingga kebulur, itu bukan satu hal yang besar. Yang penting 'Pemimpin Didahulukan!, Tenkuk Mereka Diutamakan!'.

Tak sukar untuk kita lakukan semua tu. Senang saja, iaitu kita hanya perlu menganggap yang diri kita ni seorang hamba abdi kepada mereka. Hanya dengan menanamkan rasa bertapa hinanya diri kita ni berbanding mereka nescaya berjayalah kita menjadikan mereka pemimpin yang terhebat didunia.

Kita perlu berbangga kerana hanya negara kita saja dalam dunia nie yang memiliki ciri-ciri pemimpin terhebat didunia nie. Kerana rakan-rakan yang setaraf mereka banyak dah jatuh tersungkur dek kerana kebangkitan rakyat mereka seperti UMNO Mesir (30 tahun), UMNO Tunisia (23 tahun), UMNO Yaman (33tahun), dan UMNO Libya (41 tahun).

Hanya negara kita saja yang berjaya mengekalkan kecemerlangan mengazab rakyat mereka selama 53 tahun!. Bangga tak kitaaa?!!!. Kita mesti kekalkan dan pertahankan pemimpin kita nie kerana mereka adalah satu-satunya hero yang tinggal kerana semua rakan UMNO mereka dinegara lain dah tersungkur menjadi sebuah lagenda negara mereka. Jadilah kita hamba sejati di negara sendiri selama-lamanya. Tolong pertahankannn!!!!!.

SAPUUUUU!!!!! MALAYSIAAAAA!!!!!

RemBat©"Kita semua wajib redha dan pasrah dengan nasib kita sebagai hamba disini"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular