Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 25, 2011

Bila JAKIM nak siasat Najib dan Utusan?

Terlompat-lompat JAKIM ingin menyiasat bila dapat berita ada unsur-unsur plurisme dalam ucapan Anwar Ibrahim di London. Semua teks ucapan Anwar Ibrahim disemak dan dikaji untuk membuktikan adanya unsur plurisme.

Hasil kajian JAKIM membawa kepada kesimpulan berikut:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata antara unsur-unsur itu adalah mempertikaikan ekslusiviti kebenaran yang hanya terdapat dalam agama Islam dan mengakui faham “The Transcendent Unity of Religions” melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan).

Selain itu, beliau berkata unsur lain termasuk konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat serta terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi dan Kesatuan Metafizik. [Msian Insider]
Korang paham ke apa kesimpulan yang dinyatakan oleh Jamil Khir setelah bersusah payah mengkaji ucapan Anwar Ibrahim di London? Kalau tak paham tak mengapa, memang susah nak paham pun, kalau tak paham pun tak mengapa. Apa yang penting di sini, sifirnya mudah, Jamil Khir mahu rakyat percaya Anwar Ibrahim ini perosak Agama Islam, Anwar Ibrahim mahu menjual agama dan Anwar ini membawa ajaran sesat.

Apa JAKIM nak buat, nak kaji tentang Anwar Ibrahim dengan bersusah payah, itu kerja dia, lantak dialah. Sekarang ini kita tengok dengan jelas, tak perlu kaji-kaji, tak perlu bersusah payah mencari maklumat, jelas sekali Najib Tun Razak dan isteri bertafakur serta meletakkan kalungan bunga di Makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk di Turki [Makam Kemal Ataturk]. Perkara ini sudah difatwakan sesat oleh Persatuan Ulama [Fatwa Ulama]

Tapi seperti biasa, Al-Fadhil Ustaz Haji Najib Tun Razak adalah ulama yang lebih agung dan lebih berkuasa daripada semua ulama yang ada di Malaysia, maka segala tindakan beliau walaupun jelas sekali sesat, tidak akan diambil tindakan oleh JAKIM kerana ia merupakan dosa besar untuk menentang Ulama besar ini dan boleh dihukum buang kerja.

Baca juga di sini, bagaimana Utusan Malaysia menjulang nama Mustafa Kemal Ataturk sebagai HERO [Utusan]

ReJaM© "Ini baru dinamakan menggunakan Agama untuk kepentingan politik dan perut"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/bila-jakim-nak-siasat-najib-dan-utusan.html#ixzz1HedKaM5i
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular