Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 24, 2011

Fitnah II: Tiga barangan ditanda sebagai bahan bukti


KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini dan pendakwa raya dijangka menandakan ketiga-tiga barang yang diperoleh secara tipu helah sebagai bahan bukti (ID) hari ini.

Barangan tersebut iaitu tuala ‘good morning’, berus gigi dan botol mineral yang diambil ketika Anwar ditahan di lokap.
9.28am – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di mahkamah.
9.43am- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di mahkamah.
9.47am – Mahkamah mula bersidang. DPP Yusof Zainal Abiden mahu memanggil saksi pendakwa ke-15, bekas Ketua Unit Forensik, Amidon Anan dan saksi pendakwa ke-6, ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Aidora Saedon untuk memberi keterangan.
Aidora dan Amidon dijangka membantu pihak mahkamah menanda tiga barang yang baru diterima mahkamah sebagai I’d (barang bukti).
Peguam Anwar, Karpal Singh mencelah dan berkata beliau ada memfailkan semakan terhadap keputusan hakim semalam.
Hakim Zabidin berkata beliau tiada menerima sebarang kerana jika benar, sepatutnya sudah ada fail di atas meja beliau pagi ini.
Zabidin minta pendakwa meneruskan memanggil saksi.
Kapral membantah dan berkata jika permohonannya tidak didengar sekarang, ia akan menjadi prejudis kepada kliennya, Anwar Ibrahim.
Akhbar akan menyatakan ‘Lelaki Y’ sebelum ini adalah Anwar jika ketiga-tiga barang bukti itu ditanda sebagai ID.
9.51am: Hakim Zabidin memanggil kedua-dua pendakwa raya dan peguam bela ke dalam kamar hakim untuk berbincang.
10.03am: Sankara Nair memberitahu wartawan hakim akan mendengar permohononan semakan keputusan hari ini.
10.11am : Karpal membacakan semula penghakiman hakim Zabidin pada 8 Mac lalu yang menyatakan penahanan Anwar tidak sah kerana ‘bukti diperoleh secara melalui cara tidak adil dan jalan tidak sah.’
Berdasarkan perkara tersebut,menurut Karpal, hakim perlu menyemak semula keputusan beliau semalam kerana penahanan Anwar tetap tidak sah walau pun ada waran tangkap dikeluarkan.
Ini kerana polis melanggar Peraturan 20, Peraturan Lokap. Ia menetapkan orang ditahan perlu diletak di dalam lokap antara jam 6 petang hingga 6 pagi esoknya.
Namun, Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam.
Menurut Karpal, tindakan itu jelas sekali melanggar Peraturan 20, Peraturan Lokap.
10.31am: Hakim menangguhkan mahkamah selama 10 minit.
10.41am: Hakim menolak permohonan Karpal.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9664
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular