Tak sampai 12 jam lepas video seks yang dikatakan pelakonnya ialah Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat ditayangkan pada beberapa orang wartawan terpilih, geng-geng Pencacai UMNgOk/Beer eNd nampaknya dah mula kelam-kabut cuba nak spin balik isu video tersebut.
Kalau pagi kelmarin, kita perhatikan dalam Facebook, Twitter & Blog-Blog pro UMNgOk/Beer eNd bersungguh-sungguh mengiakan bahawa individu dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim dan beria-ria mendesak supaya Anwar meletak jawatan dalam kadar segera.
Bermula dari tengah malam semalam lepas dapat respon kebangkitan "negatif terhadap UMNgOk/Beer eNd", nada puak-puak pencacai nampaknya dah berubah. tiba-tiba timbul pulak macam-macam "teori" kununnya video tersebut adalah "konspirasi dalam konspirasi" yang didalangi oleh Anwar sendiri.
Pulak dah...???
Ni strategi yang gagal atau memang puak-puak pencacai UMNgOk/Beer eNd ni bodoh..?
Lepas video seks tu keluar, Pencacai bukan main bersungguh dalam Blog, Facebook & Twitter masing-masing 1000% sah Anwar..! macam-macam hujah keluar walaupun masing-masing tak tengok pun video tu.
Hari ni secara terang-terangan para Pencacai dengan tanpa sedar telah menolak sendiri hujah dari mereka kelmarin yang mengatakan bahawa video itu adalah "original". tiba-tiba ada cerita bahawa video tersebut adalah "rekaan & lakonan" yang dibuat-buat & ianya adalah konspirasi yang dicipta oleh Anwar untuk divert isu sebenar iaitu DNA & perbicaraan kes Liwat II.
Betul la cakap orang, puak Pencacai ni BANGANG. tak de pendirian.
Apasal pulak tak pertahankan hujah kelmarin..?
Sebab respon dari rakyat tak seperti yang diharapkan..? takut pada kebangkitan rakyat yang dah bijak menilai mana yang benar mana yang salah..?