Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyifatkan laporan blog Sarawak Report yang mendakwa wujudnya perjanjian sulit antara parti itu dengan BN di Kuala Lumpur sebagai satu cerita rekaan yang paling teruk.
ialah tidak pernah ada sebarang perjanjian antara SNAP dan BN.
Di samping itu, katanya, juga tidak pernah ada sebarang pertemuan antara ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan dengan pemimpin atau wakil SNAP baru-baru ini.
"Ataupun terdapat sebarang perjumpaan dengan mana-mana wakil BN untuk berunding," kata Stanley dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, artikel tersebut adalah jelas satu perbuatan kotor untuk melemahkan SNAP ketika parti itu sedang bangkit semula dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri.
“Penulisnya mahu menghancurkan SNAP sebagai sebuah parti politik berdaya maju. Ini (perbuatan) nakal dan jahat.
“Hakikat sebenarnya ialah SNAP adalah sebuah parti politik bebas yang berjuang untuk kepentingan rakyat Sarawak khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
"Objektifnya ialah untuk menyatu-padukan penduduk asal, terutama masyarakat Dayak di bawah satu payung politik.
“Terdapat banyak sebab mengapa Dayak perlu bersatu di bawah satu parti. Kami tahu masyarakat Dayak pada umumnya mahukan perpaduan kerana mereka kini sedar bahawa mereka telah dipecahbelahkan selama empat puluh tahun, dan menyebabkan tanah dan harta mereka dirampas oleh pentadbiran tamak.
“Punca kemiskinan masyarakat Dayak ialah perpecahan politik di kalangan mereka dan SNAP berazam untuk menghentikan perkara itu.
"Parti pilihan di kalangan masyarakat Dayak adalah SNAP. Kita mahu bertanding di semua kerusi Dayak adalah diasaskan premis ini," tegasnya.