SHAH ALAM: Tekanan demi tekanan terhadap KEADILAN terus dilakukan menggunakan jentera kerajaan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan dua kakitangan KEADILAN Pusat, pagi ini.
Mereka ialah Setiausaha Pengelola KEADILAN Pusat, Radin Shamsulkamar dan Pengarah Operasi KEADILAN Pusat, Nurul Huda Zainuddin.
Siasatan itu dibuat kira-kira jam 11.45 pagidi pejabat SPRM Selangor di sini, berhubung dakwaan penyalahgunaan dana berkaitan kerajaan negeri dalam penganjuran Kongres KEADILAN ketujuh di Petaling Jaya, November lalu.
Mereka ditemani peguam, N Surendran dan Latheefa Koya.
(Laporan lanjut menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9680