Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 26, 2011

KENAPA HITAM PUTIH??

1. KENAPA VIDEO SEKS DIBUAT DALAM FORMAT HITAM PUTIH?


A. KERANA PRODUSER MODAL CIPUT 
- Jawapan ini tidak masuk akal kerana pasaran video seks amat besar dan boleh menguntungkan produser.Lagipun produser mestilah orang yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh.Jika tidak baik tak payah jadi produser.Jadi penjual nasi lemak lagi bagus.

B. KERANA TIADA PERALATAN KAMERA CANGGIH 
- Jawapan ini lagi tidak masuk akal di zaman yang serba canggih ini.Lainlah di zaman Allahyarham P.Ramlee.

C. KERANA TIDAK MAHU PENONTON MELIHAT DENGAN JELAS WAJAH SERTA TUBUH PELAKONNYA
- Jawapan ini paling tepat.Selain daripada tak nak bagi penonton stim dan ghairah, dengan menggunakan video hitam putih,pelakon yang mempunyai wajah yang hampir sama boleh digunakan bagi menggantikan pelakon lain yang tidak hadir ke lokasi kerana penonton tidak dapat melihat dengan jelas pelakonnya.Asalkan ada mirip muka yang hampir sama dan bentuk badan yang sama.Jika perut boroi sikit-sikit mungkin boleh diterima asalkan tidak kantoi semasa tayangan perdana.

Kesimpulannya pembikinan video hitam putih itu bukannya bertujuan untuk skodeng ataupun tujuan komersial lain.Jadi apa lagi yang boleh dikatakan selain untuk tujuan konspirasi. Hujahnya sangat mudah iaitu,sekiranya kaki skodeng yang memasang kamera di bilik hotel untuk tujuan skodeng tentulah mereka akan menggunakan kamera berwarna dan berdefinasi tinggi.Apa kejadah tengok video lucah hitam putih.Mana ada feel beb.

Jadi jika bukan kaki skodeng yang memasang kamera tersebut,siapa yang memasangnya?Persoalan siapa yang memasang kamera atau bagaimana rakaman video itu boleh wujud sudah terjawab jika tuan-tuan memahami apa yang gua maksudkan.Kalau tak faham,biaqpila... apa ada hal.

Berbalik kepada soal konspirasi pula,gua percaya jika pelakon itu 'aktor' yang sebenar sudah tentu mereka tidak akan menggunakan kamera hitam putih.Bukan saja tidak perlu menggunakan kamera hitam putih atau warna,malah secara on the spot boleh memanggil Majlis Agama Islam menangkap 'aktor' yang beragama Islam itu.Jika tidak,apa tujuan mereka pergi ke lokasi penggambaran itu? Takde maknenye kalau setakat nak pergi sewa bilik kemudian tinggalkan seutas jam tangan. Tuan-tuan percaya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular