PEKAN, 24 Mac - Setelah berhempas pulas untuk mengkucar-kacirkanParti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin (foto) berjaya mendapat "imunitinya" bila beliau dianugerahkan gelaran "Dato" oleh Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah .
Beliau dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakanHari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. Dengan perlantikan itu, bermakna beliau adalah pemimpin PKR kedua yang mendapat anugerah jawatan selepas keluar dari PKR.
Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Md Noor dilantik sebagai "Senator" selepas menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk memporak-perandakan PKR selepas meninggalkan parti itu. Dengan gelaran ini maka Dato' Zulkifli Noordinkini boleh berbangga kerana beliau kini berjaya mengatasi Ezam.
Ini kerana gelaran "Senator" yang dimiliki oleh Ezam adalah bertempoh, tetapi Zulkifli akan memegang gelaran "Dato" untuk tempoh yang lama selagi dia tidak "derhaka" kepada Tuanku Sultan Pahang itu sebenarnya.
[Anugerah yang diterima oleh Zulkifli ini membuktikan usahanya selepas dipecat dari PKR tidak sia-sia dan berbaloi. Malah, beliau dilihat begitu lantang menyerang Pakatan Rakyat, PKR termasuk Anwar Ibrahim sendiri.
Dia juga dilihat selalu mengikut Perdana Menteri Najib Razak ketika pemimpin itu keluar negara, termasuk ke Turki baru-baru ini. Maka itu jugalah kita tidak hairan Zulkifli akhirnya mendapat pengikhtirafansedemikan rupa, kerana itulah hasilnya.
Malah, kemungkinan besar juga beliau menerima "habuan" yang lebih lumayan daripada itu oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional agaknya. Apapun, kami ucapkan tahniah dan syabas kepada YB Dato' Zulkifli Noordin atas anugerah yang diterimanya itu.
Semoga beliau lebih berhati-hati dengan setiap tindakan yang mahu dilakukan selepas ini hendaknya. Teruskan perjuangan dalam apa jua keadaan sekali pun!].
PDO