Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di mahkamah negara kitamelibatkan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penuduhnya Saiful Bukhari Azlan.
Sejak dari awal lagi tiga orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur [Laporan HKL] ditambah dengan seorang doktor Osman dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) telah mengesahkan bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful Bukhari. [Laporan Pusrawi]
Namun perbicaraan masih terus dijalankan. Ibarat membicarakan kes rogol seorang perempuan yang masih dara. Bukti yang terus digembar-gemburkan hanyalah kononnya terdapat kesan air mani lelaki Y di dubur Saiful.
Namun untuk pengetahuan pembaca semua, menurut laporan Dailymail pada tahun 2009 yang lalu berdasarkan journal Forensic Science International: Genetics reports., para penyelidik telah memberikan amaran bahawa bukti DNA sangat mudah untuk dipalsukan, malah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan biologi pun mampu melakukannya. Ini menimbulkan kebimbangan orang yang tak bersalah mungkin dihukum, manakala yang bersalah akan terlepas [DailyMail].
Nampaknya jawapan kepada soalan, "Mengapa perbicaraan liwat lelaki yang masih dara ini diteruskan?" sudah terjawab. Perkara tak masuk akal berlaku di Mahkamah Malaysia. Minta perhatian pengamal undang-undang termasuk peguam Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan maklumat ini.ReJaM© "Dunia hari ini dipenuhi dengan kekeliruan dan fitnah, semoga Allah melindungi kita..."
http://milosuam.blogspot.com/2011/03/pelajar-biology-biasa-pun-mampu.html