Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 25, 2011

Risda enggan terima memorandum AMK


KUALA LUMPUR: Pejabat Risda di Jalan Ampang di sini, hari ini enggan menerima memorandum daripada Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang mengandungi desakan supaya Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik meletak jawatan berikutan penglibatan dalam penayangan video seks palsu.

Ketika tiba di perkarangan pejabat itu kira-kira jam 3.30 petang, pegawai Risda enggan membuka pintu pagar kepada ahli AMK yang berhimpun di depan pejabat itu.
Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, berkata Rahim Tamby Chik tidak berkredibiliti untuk memimpin agensi kerajaan itu lantaran perbuatannya menayang video seks.
“Rahim wajar berundur dari Risda kerana beliau tidak bermoral dan terlibat dalam konspirasi memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Terdahulu, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin memimpin perhimpunan di depan Masjid Jamek bersama kira-kira 300 orang termasuk anggota AMK selepas solat Jumaat.
Shamsul turut berucap kepada hadirin tetapi terpaksa menghentikannya selepas polis meminta beliau menghentikannya.
Turut kelihatan tiga kenderaan polis bersama kira-kira 100 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap bersenjata cota dan perisai berlegar-legar di sekitar masjid berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9815
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular