MISTERIUS video lucah yang dibabitkan dengan Anwar Ibrahim dan siapa producernya sudah hampir terbongkar.
Hari ini ada dua kenyataan akhabr mendedahkan berhubung video berkenaan. Pertama oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dan kedua oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay. Mulanya Shazryl Eskay inilah dikenali dengan nama Datuk T.
Sidang akhbar oleh Johari seperti mana kenyataan penuhnya yang dipostkan di bawah. Saya tidak mahu menghurai panjang mengenai pendedahan Johari itu. Cuma apa yang boleh dismpulkan beliau tidak mempercayai watak dalam video berkenaan adalah bosnya, Anwar.
Memahami apa yang diceritakan Johari, video itu telah digunakan untuk memerangkapnya agar meninggalkan PKR. Video itu dijadikan bukti kononya Anwar terlibat dengan skandal sex dan melakukan sex dengan pelacur. Tujuan video itu disondolkan kepadanya agar beliau benci dan meninggalkan Anwar dan menyertai Umno.
Kata Johari juga kalau dia sedia untuk mengkhianati Anwar serta membawa rakan-rakan (MP) lain segalanya ditanggung beres termasuk soal keselamatan dan juga kewangan. Dalam erti kata lain video berkenaan digunakan untuk membeli Johari. Manakala kegiatan membeli Johari dan MP PKR lain dalam strategi mengukuhkan kedudukan kerajaan UBN.
Apabila Johari dan rakan-rakan lain tidak bersedia menjual dirinya, di sinilah menyebabkan video berkenaan didedahkan kepada umum. Ia boleh dianggap sebagai dendam dan kemarahan. Anwar khasnya dan PKR amanya harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johari yang setia kepada Anwar dan PKR. Penolakan Johari atas tawaran itu satu pengorbanan yang besar. Kalau Johari tidak mempunyai keimanan yang tinggi dan hilang moral sebagai manusia Islam sudah tentu beliau akan tergelap mata dan menerima tawaran berkenaan.
Dengan mengambil kira apa yang didedahkan Johari itu boleh dianggap di sini bagi individu yang telah mengkhianati dan kencing Anwar adalah kerana tergelap mata dengan tawaran kebendaan itu. Mereka sanggup dan rela dicaci sepanjang hidupnya kerana sedikit wang bagi menyumbat poket seluar yang tembus. Tanpa mereka sedar selepas ini untuk mereka menjadi pencaci tahi pun belum tahun boleh.
Berbalik kepada isu tadi, pendedahan oleh Shazryl Eskay enjelaskan bahawa beliaulah penanggungjawabnya. Paling mengejutkan ia turt sama terlibat dan memikul tanggungjawab dalam pendedahan video itu ialah bekas KM Melaka, Rahim Tamby Chik. Kata Rahim Datuk T bukan seorang tetapi ia didhomankan kepada tiga orang Datuk. T adalah trio.
Seorang lagi Datuk ialah orang bernama Shuib Lazim (foto). Rahim tidak menjelaskan bahawa beliau termasuk dalam trio itu, namun penjelasan itu menunjukkan dialah seorang lagi Datuk itu.
Kenapa Shuib Lazim tidak hadir dalam sidang akhbar berkenaan? Shubib Lazim adalah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Pada satu majlis hari raya beliau pernah hadir ke rumah Anwar dan saya melihatnya sendiri.
Shazrly mengakui bahawa salah satu watak dalam video berkenaan seperti dijelaskan Johari adalah dirinya? Sekiranya video itu merakam adigen maksiat jelas bahawa beliau juga terbungkus sama dalam video berkenaan. Kalau watak dalam video itu Anwar, ini bermakna dia juga boleh dibabitkan sebagai terlibat dalam video berkenaan.
Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim turut sama bersuhabat dalam melaksanakan kerja yang keji itu.
Kenapa ia didedahkan? Inilah misteri yang belum terurai dan bukan payah untuk difahaminya. Anwar adalah musuh kepada perdana menteri dan juga isterinya, Rosmah Mansor. Rahim Tamby Chik pula pernah merasa teraniayaan oleh Anwar menyebabkan beliau terpecat dari jawatan ketua Pemuda Umno. Rahim mengira takdir itu adalah kerana Anwar. Ada orang bercerita beliau dikatakan bersumpah akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.
Kesimpulan mudah disini, kalau beliau terlibat dengan pendedahan video untuk memburukkan Anwar itu, jawabnya kerana dendam. Apa dilakukan itu untuk membalas dendam lamanya. Tetapi apa hal pula dengan Sharzly, dia seorang ahli perniagaan. Khabarnya dia sedang menghadapi masalah dan dijanjikan dengan mega projek. Mungkin kerana untuk mendapatkan projek maka beliau harus menawan ahli Parlimen PKR menyertai Umno dan dalam masa sama damegkan Anwar Ibrahim. Selepas itu baru dia mendapat upahnya.
Macam mana dengan Shuib Lazim? Apakah peranan dan tuntutan beliau dalam hal ini. Kenapa beliau terlibat dengan Trio T itu? Dan yang menjadi persoalan kenapa beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu. Kalau T itu adalah trio setelah Shuib maka ia tidak menjadi tiro lagi tetapi jadi dwi T.
Apakah beliau juga bersubahat kerana ingin mendapat imbuhan kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan? Kita akan cuba selidik mengapa dan atas sebab apa penglibatannya. Mudah-mudahan Shuib akan muncul dalam tempoh sehari dua ini menjelaskan sejauh mana penglibatannya dalam pembikinan wayang 18 SX itu.
Seperkara lagi yang hendak saya sebutkan di sini, mungkin juga versi video inilah yang pernah ditayangkan kepada beberapa orang pemimpin Pas dan juga kawan dan sahabat awal Anwar. Katanya para sahabat awal Anwar mulai goyah dan mempersoalkan syaksiah Anwar setelah mendengar cerita atau melihat tayangan promo video berkenaan.
Adalah baik bagi pemimpin Pas maupun sahabat awal Anwar yang mendengar kisah video ini atau pernah menyaksikan promonya membuat mahasabah balik. Jelas dari dua versi penjelasan sidang akhbar tadi video berkenaan adalah sebuah filam wayang yang diwujudkan dengan demikian rupa dengan bantuan makenisme dan peralatan IT yang moden.
Bagi saya pula, saya tidak mahu melihat kebejatan manusia yang menjadi pelakon dalam video berkenaan, tetapi yang saya kesal dan benci ialah mereka yang mendedahkannya. Kerja sebegitu yang mereka lakukan tidak ubah seperti menjolok buah rambutan dengan galah yang berlengeh dengan tahi. Memang buah itu manis tetapi ianya diapati dengan hasil yang buruk dan busuk.msomelayu
Tengok Blue Film dah tak salah?
Wakakakak ...
Lepas ni aku nak jadi Tokey Panggung Porno ..
Pakcik Kayooo !!!
Rakaman Pendedahan Datuk Johari Abdul Berhubung Dalang DisebalikVideo Lucah
DENGAR PENJELASAN INI
Laporan polis terhadap Datuk T dan Nazri Aziz
LAPORAN POLIS
23 Mac 2011
Aduan dibuat terhadap:-
1. Datuk T
2. Datuk Seri Mohd Nazri Aziz
MUQADDIMAH
Seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T telah mendedahkan rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda pada 21 Mac di hotel Seri Carcosa Negara di Kuala Lumpur. Para wartawan kanan telah dijemput menontonnya di sebuah bilik secara berasingan mengikut beberapa kumpulan.
Datuk T mendakwa menemui video tersebut pada 21 Februari lalu setelah diminta oleh pemimpin politik berkenaan untuk mencari jam tangan omega dalam bilik itu; tempat aksi seks itu berlaku. Pemimpin politik yang dimaksudkan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ADUAN
1. Siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap Datuk T kerana melanggar seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
2. Siasatan dan tindakan mesti dilakukan atas kebenaran cerita Datuk T hingga membawa kepada pendedahan rakaman aksi seks berkenaan.
3. Siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap ugutan yang dibuat oleh Datuk T kepada pemimpin politik berkenaan dan isterinya agar meletakkan jawatan serta tekanan kepada NGO menubuhkan sebuah panel bebas; kononny mendapatkan khidmat forensik professional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.
4. Siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang membuat kenyataan’ bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.’
5. Siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang menggambarkan tontonan aksi lucah tiada salah jika bukan untuk mencari keuntungan.
6. Siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap dalang di belakang Datuk T dalam konspirasi terbaru untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan polis ini dibuat kerana tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu fitnah yang sangat melampau tanpa sebarang asas yang boleh dipertanggungjawabkan. Pembawa fitnah sendiri tidak mengisytiharkan dirinya siapa apatah lagi mendatangkan empat orang saksi yang adil dan berhemah.
Ia bukan sahaja mencemar nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya, kedudukan beliau selaku Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat; tetapi juga selaku pemimpin utama Pakatan Rakyat.
AHMAD NIZAM HAMID
Ketua Cabang PKR Temerloh