Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 24, 2011

Ceramah : Menangkis Fitnah Jahat 28hb Mac 2011

Solat Hajat dan pidato Khas - Stadium Malawati Shah Alam


Sumber : Lajnah Penerangan Dppsa



Program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat akan dijalankan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Mac ini,  mulai jam 7 malam.
Kebelakangan ini, amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Belumpun perbicaraan kes Fitnah II selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyaksikan pelbagai kepincangan dan percanggahan, satu video seks ditayang kepada media tempatan, kononnya pelakunya adalah Anwar.
Namun, hal itu terbongkar apabila Tan Sri Rahim Tamby Chik mengakui menjadi dalang video berkenaan manakala Datuk Eskay Shazril Abdullah ‘melakonkan’ watak Anwar.
Menggunakan video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula dipujuk meninggalkan KEADILAN, malah dijanjikan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9670
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular