Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 24, 2011

SPR tak hormat persidangan Parlimen

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 April sebagai penamaan calon bagi pilihan raya umum Sarawak sebagai tidak menghormati persidangan Dewan Rakyat.

Mahfuz berkata, SPR seharusnya mengambil kira kesesuaian masa kerana terdapat ahli Parlimen yang juga pemimpin parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang terlibat dalam Dewan Rakyat.

"Parlimen hanya tamat 7 April. 7 April masih lagi bersidang. Jadi bagi saya bila SPR buat penamaan calon 6 April, itu langsung tak menghormati hak ahli-ahli parlimen.

"Mungkin ada di kalangan ahli Parlimen termasuk dari sarawakyang akan bertandig dalam pilihan raya ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoal tindakan SPR yang dilihat tertalu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya.

"SPR seharusnya menghormati proses demokrasi. Parlimen pun sedang bersidang. Ramai pemimpin politik terlibat dalam pilihan raya sarawak.

"Tak bolehkah tunggu sehari selepas tamat sidang parlimen?" soalnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon pada 6 April manakala hari mengundi pada 16 April dengan tempoh berkempen selama 10 hari. - Harakah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular