Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 21, 2011

Video : Anwar Ibrahim: Press Conference On Alleged Sex Video 21/03/2011 (Part 1)

PKR's HQ, Petaling Jaya 21/03/2011






Artikel Berkaitan :
2. Hentikan Segera Politik Kotor Dan Lucah


=======================================================================

Siapa Datuk 'T' yang dibenarkan membuat tayangan Perdana Filem Lucah itu??


Anwar menyelak jeket menunjukkan perutnya yang tidak buncit itu..

Dari awal berita mengenai 'Tayangan Video Lucah di Carcosa Seri Negara' tersebar.. aku mula tertanya-tanya, siapa sebenarnya Datuk 'T' itu?

Kalau nak dikatakan seorang rakyat biasa, mana mungkin boleh mengadakan tayangan Perdana ' Video Lucah' disebuah hotel bertaraf lima bintang tanpa serbuan pihak yang berkuasa?Tak percaya korang cubalah anjurkan tayangan perdana Filem Lucah dimana-mana. 


Mana mungkin pihak berkuasa tidak tahu akan ujudnya tayangan Perdana itu sedangkan ramai wartawan telah diberitahu seawall jam 11 pagi lagi.. atau adakah tanganpihak yang berkuasa telah dikilas kebelakang oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa?

Aku juga tertanya-tanya siapa Datuk ‘T’ itu, yang dibenarkan kembali kebilik yang telah disewa setelah Check Out kerana mendakwa mahu mengambil barang yang tertinggal sedangkan aku pernah tertinggal barang didalam bilik sebuah hotel dan aku hanya dibenarkan berada di kaunter sahaja..

Istimewa sungguh insan yang bernama Datuk ‘T’ itu.. hingga boleh kembali semula kebilik hotel setelah Check Out dan merosakkan pula laci meja solek..

Dalam istimewa itu Datuk ‘T’ menunjukkan kepada kita bahawa beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab kerana tidak melaporkan aktiviti pelacuran yang berjalan di hotel tempat rakaman itu diadakan..

Jika tidak bermotif politik, apa perlunya Datuk ‘T’ menayangkan Video Lucah itu kepada pihak Media dan memberikan syarat pemimpin yang terlibat dalam aksi lucah itu perlu berundur dari politik jika benar lelaki itu adalah dia.

Dan siapa yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa tu.. korang fikirlah sendiri..

MSO kata.. ada pihak mendakwa video itu 'diterbitkan' oleh para samseng dari Sarawak. Manakala Datuk T yang dimaksudkan yang menjadi produser (pengeluar) adalah berbangsa Melayu. Menurut seorang wartawan kanan dari sebuah portal orang ini (Datuk T) sering muncul dalam beberapa fanction Umno sebelum ini. -sepenuhnya sila baca di SINI


Video - Rekayasa Untuk Mengaibkan Kami Sekeluarga, Kata Anwar

PETALING JAYA 21 MAC:Warisan politik usang yang jelik – itu rumusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap video seks fitnah yang mula diedarkan dalam pusingan terbaru kempen untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Anwar mengemukakan bukti untuk menolak dakwaan fitnah bahawa beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Ketua Pembangkang itu turut mendedahkan pembabitkan Polis Cawangan Khas di samping penyelarasan di peringkat yang tertinggi untuk menyebarkan video fitnah itu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod yang membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucu serta kakitangan yang bekerja untuk beliau.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan hari ini sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

" Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekasaya jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

" Tayangan tengahari tadi kelihatan dirancang dengan penuh teliti. Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau.

"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

“Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah ll pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya Sarawak,” kata Anwar.

“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik,” tegas beliau.

TVS News
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular