Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 27, 2011

SPRM suka buat bising siasat Kerajaan Selangor untuk burukkan PR, sedangkan MB dah suruh SPRM duduk di Pejabat MB siasat apa nak siasat

Baca Dahulu laporan Audit Sebelum Tuduh Melulu - Khalid

SHAH ALAM 26 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan pihaknya tidak akan mengubah waima sedikit pun, butiran laporan audit Yayasan Selangor yang bakal didedahkan kepada umum.

Khalid berkata walaupun hasil audit itu mencatatkan angka yang agak teruk, namun kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus dan tidak akan memanipulasikan laporan audit itu demi menutup kepincangan yang diwarisi pemerintahan terdahulu.

"Kita perlu pastikan laporan audit tu bebas. Makananya orang yang jalankan audit itu bebas untuk melakukan melaporkan apa saja tanpa terikat pada mana- mana kepentingan."

Audit untuk 2010 sedang dijalankan, sebab itu saya berhenti sekajap supaya pengaudit dalaman teliti audit dengan teliti. Lepas itu, kita buat perbezaan audit yang dibuat oleh pengaudit dalaman dengan pengaudit kerajaan negeri.

Khalid berkata, sebaik sahaja laporan audit siap, pihaknya akan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan pengaudit dan kemudiannya berkongsi hasil laporan itu dengan rakyat negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Inpens di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) pagi tadi.

Menjawab soalan wartawan, Khalid berkata, beliau mengalu- alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas badan itu bagi membuktikan dakwaan liar sesetengah pihak yang berkepentingan sebelum ini tersasar sama sekali.

"Saya dah suruh SPRM duduk di pejabat, tak payah cari lagi. Saya dah suruh dia duduk kat Pejabat Menteri Besar pun saya dah suruh, kat mana-manapun dia boleh duduk. Maknanya, ini bukan satu perkara, kita galakkan. Ini orang luar sibuk-sibuk pangil SPRM, tak payah. Saya suruh dia duduk situ, kalau apapun dia boleh tengok, sebab kita punya polisi adalah keterbukaan, kalau dia nak tengok fail, biar dia tengoklah, apa pula yang menjadi masalah, tak payah tunggu apa semua," jelas beliau lagi.

Khalid seterusnya mengulas tindakan beberapa pihak yang mengkritik badan itu yang tidak mempunyai lebihan keuntungan sejak berada dibawah seliaan gagasan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau menjelaskan, tiada lebihan diterima untuk tempoh audit tersebut kerana kebanyakan projek pembangunan belum mampu menjana pendapatan dan ia bukanlah satu perkara yang aneh.

Khalid kemudiannya menjelaskan rekod kewangan yang dicatat badan itu.

Pada 2005, Yayasan Selangor mengalami kekurangan lebihan sebanyak RM10 juta. Namun dua tiga tahun selepas itu, badan itu mencatatkan sedikit lebihan kerana pelaburan yang dibuat mulai membuahkan hasil.

"Sebab masa itu, projek YS baru menghasilkan pendapatan, Jadi adakalanya pendapatan melebihi perbelanjaan, ada juga tahun yang perbelanjaan kita tetap kerana kita ada asrama, kita ada membagi belanja murid-murid dan semua. Jadi bila kita membuat analisa, kita menganalisa dengan corak perbelanjaan dan corak penggunaan," kata beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular