Apabila sudah lama berkuasa dan menjadi tali baru penjajah, amat sukar untuk menerima perjuangan kebebasan atas nama Islam. Ini berlaku dikebanyakan negara-negara Islam.
Kebanyakan pimpinan yang berkuasa hari ini, adalah anak didik penjajah yang sudah dimenjakan dengan kuasa dan kemewahan. Amat sukar untuk menempah perjuangan demi memartabatkan kembali Islam... kecuali kalau kuasa mereka sudah dihujung tanduk..
Masa itu mereka lebih Islam dari pejuang Islam. Masa itulah terdengar istilah jihad, syahid keluar dari mulut mereka. Mengharapkan rakyat mempertahankan mereka ditampuk kerusi empuk mereka?
RAMALLAH - Presiden Palestine Mahmoud Abbas mengatakan perpecahan politik dalaman antara wilayah Palestine merupakan penghalang bagi perdamaian dengan Israel.
Masa itu mereka lebih Islam dari pejuang Islam. Masa itulah terdengar istilah jihad, syahid keluar dari mulut mereka. Mengharapkan rakyat mempertahankan mereka ditampuk kerusi empuk mereka?
RAMALLAH - Presiden Palestine Mahmoud Abbas mengatakan perpecahan politik dalaman antara wilayah Palestine merupakan penghalang bagi perdamaian dengan Israel.
"Tidak akan ada perdamaian tanpa memenuhi aspirasi rakyat kami untuk mengakhiri perpecahan," kata Abbas dalam pertemuan singkat dengan pengurusan pejabat Hamas, yang merupakan lawatan dari partai Fatah, di kota Ramallah, Tepi Barat.
Perpecahan tersebut meluas pada Jun 2007, ketika pihak Hamas menyerbu pasukan pemerintah pro Fatah dan mengambil alih Jalur Gaza. Sejak itu pemerintah Palestine pimpinan Abbas hanya terbatas untuk wilayah Tebing Barat sahaja.
Abbas berbincang visi terbarunya untuk mengakhiri perpecahan itu dengan beberapa pegawai pejabat Hamas. Ianya dilakukan dengan kunjungan ke Gaza dalam rangka untuk membentuk pemerintah yang akan menyiapkan pemilihan umum dalam tempoh waktu enam bulan, menurut pejabat berita rasmi Palestina Wafa.
Abbas juga mendesak Hamas agar memulihkan ketenteraman di Gaza, menyusul seminggu kekerasan dan pertembungan tentera dengan pihak Israel yang menewaskan enam warga awam Palestine dan empat askar.
Aziz Al-Dewaik, seorang pemimpin Hamas yang menghadiri pertemuan tersebut, menggambarkan langkah itu sebagai sesuatu yang positif . Ia berjanji akan mengambil langkah positif kearah mencapai peryatuan dimasa mendatang. Pada 15 Mac lalu, Ismail Haneya, pemimpin pemerintahan Hamas, mengundang Abbas untuk berdialog di Gaza. Abbas, yang secara tidak terduga menerima undangan tersebut, mengatakan ia dapat pergi ke Gaza untuk mengumumkan format pemerintahan gabungan yang akan menyiapkan pelaksanaan pemilihan umum.
Haneya dan Abbas menjawab tekanan umum yang menginginkan reformasi. Namun, Fatah melihat Hamas tidak serius dalam mengundang Abbas ke Gaza.
Perkembangan ini nampaknya memberi tekanan kepada pihak Mahmoud Abbas dan Fatah apabila desakan masyarakat untuk penyatuan demi menentang Israel. Suasana politik semasa timur tengah yang melihat kebangkitan rakyat juga membimbangkan pimpinan Palestine. Peristiwa tumbangnya pemerintahan Hosni Mubarak yang merupakan rakan sekutu Fatah-Mesir-Israel dianggap kekalahan buat fatah dan sikap Mesir kini yang lebih lunak dengan Hamas dan mula membuka sempadannya dengan Gaza.
Jaringan siber seperti FB dan internet telah mula menjadi medan baru untuk mendesak Presiden agar mengambil langkah bekerjasama dengan Hamas bagi mengelakkan tentangan kebangkitan generasi baru terhadap pimpinan Palestine.
Mau tak mahu, Mahmoud Abbas terpaksa mengambil langkah ini, apatah lagi pilihanraya makin hamper dan beliau bimbang rakyat Palestine akan menolak beliau dan Fatah akan hilang kekuasaan. Bersediakah golongan nasionalis menerima pejuang Islam duduk semeja. Sanggupkah mereka melancarkan serangan jihad terhadap Israel setelah sekian lama mereka bersekongkol dengan Israel? Atau cairkah Hamas dengan menjalinkan perdamaian dengan Israel yang baru sahaja membunuh orang awam dan tentera mereka.