Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 28, 2011

Selepas "Halalkan" Tayangan Pornografi, Menteri Dakwa Datuk T Boleh Dilindungi

Bernama melaporkan bahawa trio ‘‘Datuk T’’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes berkaitan dengan pendedahan itu.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.
Walhal  dalam hal ini jelas bahawa trio lahanat itu menayangkan klip porno itu kepada pihak tertentu, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan undang-undang dan hukum agama. Malah mereka membuat ugutan politik yang meminta DSAI dan isterinya meletakkan jawatan kerana video yang banyak pihak menganggapnya sebagai hasil rekayasa pihak tertentu.

Nazri sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan trio itu tidak salah jika perbuatan itu tidak mendatangkan keuntungan apabila ditanya oleh sekumpulan wartawan.

P/s:Kalau untuk kepentingan mereka, semua boleh, semua halal!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular