Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 29, 2011

SAMAN : SATU INDUSTRI!!


SAMAN TRAFIK DI MALAYSIA BUKAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN


Oleh ExPet
Kenapakah polis Malaysia sanggup menyorok di dalam semak atau di atas pokok demi untuk memerangkap kesalahan trafik oleh pengguna jalanraya? Tujuannya ialah supaya pengguna jalanraya terus memandu laju supaya saman dapat dikeluarkan. Jika pengguna jalanraya mendapat maklumat di mana kamera diletakkan, pengguna jalanraya akan memperlahankan kenderaan mereka dan tiada kesalahan trafik dilakukan, maka tiada saman boleh dikeluarkan.

Sudah jelas lagi bersuluh bahawa penguatkuasaan undang-undang trafik ini tiada kena mengena tujuannya dengan keselamatan rakyat seperti untuk mengurangkan kemalangan. Sebaliknya tujuannya ialah untuk memerangkap kesalahan trafik yang dilakukan oleh rakyat.

Di kebanyakan negara, pengguna jalanraya tahu di mana kamera diletakkan dan pihak polis trafik tidak menyorok di dalam semak atau atas pokok. Malah, di negara seperti Britain, hampir separuh dari jumlah kamera ini dikatakan dummy sahaja. Walaupun bukan kamera yang benar-benar berfungsi, tetapi tujuannya sudah tercapai - iaitu untuk membuatkan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan mengelakkan kemalangan.

Teknik sedemikian tidak akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia kerana tujuan mereka melaksanakan undang-undang bukannya untuk memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat, tetapi untuk menambahkan hasil pendapatan mereka.

Apabila hari cuti persekolahan, polis trafik gemar memerangkap kesalahan trafik di atas jalanraya di depan sekolah. Ini kerana jalan di hadapan sekolah hadlajunya ialah 30km/jam sahaja.

Apabila sekolah ditutup, jalanraya menjadi lengang maka sudah semestinya pengguna jalanraya akan memandu kenderaan mereka melebihi 30km/jam. Jadi yang penting dan utama ialah memerangkap kesalahan trafik sebanyak yang mungkin, supaya banyak saman dapat dikeluarkan. Walaupun sekolah ditutup dan jalanraya lengang dan keadaan tidak merbahaya langsung, malah tidak logik langsung untuk memandu dengan 30km/jam dalam keadaan tersebut, ini semua tidak menjadi hal kepada kerajaan Malaysia.

Tukar Tiub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular