Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 28, 2011

Profesor "Kangkung": Belum Terbukti Bersalah, Sudah Minta Anwar Undur!

[SH] SHAH ALAM - Sudah sampai masa bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada kancah politik negara.



Saya petik:
Itulah pendapat pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammudin Sulaiman berikutan pendedahan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dr Nidzammudin berkata, meskipun Anwar belum dipastikan terlibat dalam skandal itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi imej dan reputasinya berdasarkan rekod sedia ada termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di mahkamah.

"Orang akan jadi muak. Ini tidak kira sama ada beliau bersalah ataupun tidak kerana bagi seorang pemimpin politik, apa yang lebih utama adalah kepentingan rakyat, bukan permainan politik yang berulang-ulang.

"Kerana itu, saya fikir sudah sampai masa bagi Anwar berundur. Jika beliau mahu menjaga namanya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik bagi beliau memberi tumpuan kepada isu-isu bukan politik melibatkan kepentingan masyarakat termasuk membimbing generasi muda kerana saya percaya, beliau masih diminati dan dikagumi ramai anak muda," katanya.

Menurutnya, setiap individu termasuk pemimpin besar seperti Anwar ada had tertentu dalam berjuang untuk mempertahankan sesuatu.
P/s: Hukum mana Dr "kangkung" ini gunakan? Beranikah dia mengkritik orang di balik drama dan konspirasi ini? Sia-sia sahajalah meletakkan "pensyarah program politik" jika hanya pandai memberikan pandangan berat sebelah seperti di atas. Anda baca hujahnya, anda tentu tahu niatnya! 
Mengapa dia tidak minta MP yang kantoi meraba bontot meletakkan jawatan, lagi menarik, mengapa tidak minta pemimpin yang kantoi khalwat di PD meletakkan jawatan? Banyak lagi, kalau nak tulis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular