Bukan calang-calang orang yang berjaya perolehinya, bukan senang-senang nak dapatkannya. Ingat senang ke nak boleh jadi bini seorang PM. Payah!! Ingat senang ke dapat peruntukkan wang beratus juta setiap tahun untuk urus Permata Negara. Ingat senang ke dengan wang beratus juta tersebut, upah semua orang buat kerja dan ambil nama daripadanya.
Ingat senang ke, nak upah orang melatih bebudak berjoget, menari menyanyi dan tunjukkan atau jemput delegasi asing untuk melihatnya. Ingat senang ke nak dapatkan pujian daripada mereka semua dan ingat senang ke nak menghabiskan wang beratus juta tersebut.
Semuanya payah dan memerlukan pengorbanan. Itulah yang terpaksa dilalui Datin Rosmah dan layaklah kalau Datin dianugerahi ijazah Profesor Kehormat daripada Universiti Antarabangsa Teknologi Maklumat (IITU) Almaty. Ia sebagai mengiktiraf daya usaha Datin dalam pembangunan pendidikan terutamanya kanak-kanak menerusi program PERMATA Negara.
Tengok sijik yang Datin dapat, kau ada?
Hari ini Datin dianugerahkan anugerah tersebut oleh Presiden IITU, Prof Dr Kenzhegali Sagadiyev.
Dalam ucapan beliau, Datin tentu tak lupa melahirkan penghargaan terhadap universiti di atas penganugerahan ijazah itu.