Senarai bloggers / cybertroopers yang diberikan imbuhan oleh UMNO Selangor ini didedahkan sendiri oleh seorang Blogger Pro UMNO yang dipercayai dari Unit Media Baru..
Ianya secara tidak langsung mendedahkan dalam masa Media-media tunggangan UMNO sibuk menjaja cerita kononnya DAP membayar puluhan juta ringgit untuk membiayai 'Red Bean Army' yang entah dari mana datangnya, UMNO sendiri mempunyai Bloggers/cybertroopers yang dibayar..
Ianya didedahkan oleh seorang Blogger Pro UMNO yang merupakan AJK UMB yang mencabar sorang cybertrooper yang aktif dalam Twitter dikenali sebagai Shook.
Menurut AJK UMB, Shook yang mengadap twitter 24 jam, bukan saja tidak membantu BN mengurus persepsi malah gagal di twitter tetapi menyalahkan Najib.
"Oklah! Shook bukan dibayar gaji untuk bantu BN, jadi Shook layak menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi kenapa UMB yang difokuskan oleh Shook sedangkan ada banyak pasukan media baru yang diberikan bajet tertentu?" tulisnya.
Double Y
Aku yakin.. kalau kita sabar menanti akhirnya akan terdedah juga berapakah jumlah imbuhan yang mereka perolehi untuk membantu UMNO/BN..
Kerana ada pihak mendakwa imbuhan yang berbeza yang telah diterima oleh mereka adalah punca sengketa..
Bagaimanapun biar berapa besar jumlahnya ianya terbukti satu pelaburan yang sia-sia kerana UMNO/BN gagal merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat..
Ini juga membuktikan mereka bermati-matian mempertahankan Pemimpin UMNO yang ada sekarang bukanlah kerana Bangsa, Agama dan Negara..
Tetapi kerana DUIT sahaja.... ASD