KELUARKAN DR ZETI DARI SENARAI KONTROVERSI
Peristiharan 10 Wanita BADANG Malaysia di akhbar The Star tidak sahaja mengejutkan masyarakat kerana pemilihan tidak dibuat oleh sebuah badan atau jawatankuasa yang diktiraf tetapi juga mengejutkan Ketua Pengarang Kumpulan The Star sendiri, Datuk Wong Chun Wai yang tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Peristiharan 10 Wanita BADANG Malaysia di akhbar The Star tidak sahaja mengejutkan masyarakat kerana pemilihan tidak dibuat oleh sebuah badan atau jawatankuasa yang diktiraf tetapi juga mengejutkan Ketua Pengarang Kumpulan The Star sendiri, Datuk Wong Chun Wai yang tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Lebih mengejutkannya kerana peristiharan itu tidak disertai dengan notaiklan atau advertorial, sebaliknya tersiar sebagai suatu peristiharan khas yang menimbulkan anggapan umum atau pembaca bahawa mereka itu adalah pilihan The Star sendiri.
Saya difahamkan pihak jabatan iklan The Star menyembunyikan rancangan siaran iklan ini dari pengetahuan Datuk Wong Chun Wai sendiri. Ini sememangnya boleh berlaku kerana Ketua Pengarang tidak bertanggunjawab di atas penyiaran iklan, kecuali meminta kerjasama jabatan iklan supaya mereka merujukkan iklan yang dianggap sensitif kepadanya.
Datuk Wong tidak dimaklumkan dan penyiarannya tanpa catitan sebagai iklan atau advertorial membuktikan kerjasama Jabatan Iklan dengan pengiklan tentang kekuatan siaran tanpa maklumat sebagai iklan dan mengetahui tentang sesitiviti kepada jabatan pengarang dan mereka adalah dalam kesepakatan untuk menyembunyikan pekara ini kepada Datuk Wong kerana Ketua Pengarang sebagai seorang wartawan berpengalaman tentunya akan mempersoalkan kelayakan dan kredebiliti mereka yang memilih The 10 Most Powerful Women in Malaysia atau 10 Wanita Badang Malaysia.
Tan Sri Dr. Zeti Akhtar
Aziz hendaklah dikeluarkan dari senarai |
Dan yang pastinya pihak yang merancang pengiklananan ini tidak akan berani untuk menambahkan gelaran The First Lady of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysiatanpa mendapat persetujuan darinya lebih dahulu. Penafian darinya adalah ditunggu.
kepada
Pada keseluruhannya orang ramai telah membuat berbagai-bagai kesimpulan negatif terhadap perisitiharan ini dan ramai bloggers tersohor dengan serta merta mewakili pandangan ini. Apapun penjelasan yang diberikan oleh pihak yang bertangungjawab terhadap peristiharan ini telah jelas kepada umum ia dilakukan secara tidak profesional yang menambahkan masalah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang sedangpun menghadapi pelbagai tekanan walaun tambah menyeronokkan Rosmah.
Bagi saya, yang amat menyedihkan ialah mereka yang bertanggungjawab telah melibatkan seorang wanita Malaysia yang benar-benar berkelayakan dan berintegriti yang kekuatannya tidak sahaja di Malaysia tetapi di seantaro dunia iaitu Tan Sri Dato Dr. Zeti Akhtar Azi Gabenor Bank Negara. Keluarkan beliau dari senarai yang telah menjadi kontroversi.
CATATAN:
BADANG adalah cerita dongeng Melayu tentang seorang budak nelayan yang sanggup memakan muntah jin untuk mempunyai kegagahan luar biasa.