JUDI: Antara Komunis Mao Tze Dong dgn UMNO
Antara perkara yang paling awal yang dilakukan oleh Mao Zedong adalah MENGHARAMKAN JUDI SAMA SEKALI di seantero negeri besar China. Pengharaman TOTAL ini berlaku semenjak tahun 1969.
Pengharaman ini termasuk judi loteri, judi kuda, judi sukan, judi mahjong dan judi nombor. SEMUA KEDAI2 JUDI SELURUH CHINA telah DITUTUP SAMA SEKALI atas arahan Mao Zedong.
Pada waktu yang sama, Mao Zedong ini juga adalah seorang KOMUNIS yang benci kepada agama, benci kepada tuhan dan benci kepada apa2 nilai yang bersangkut paut dengan agama.
Mao Zedong dilaporkan berkata:
"Mao declared gambling along with opium as a serious vice that had to be eliminated" (TERJEMAHAN: Mao Zedong mengisytiharkan judi bersama candu (dadah) adalah maksiat yang besar dan mesti dihapuskan")
Seluruh negeri Besar China tidak ada walau satu pun kasino. Berbanding Malaysia yang ada GENTING semenjak tahun 60an lagi.
Mari kita banding Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama dengan UMNO yang kuat berkokok memperjuangkan Islam dan kalimah Allah.
Ke sana ke mari UMNO mendabik dada memperjuangkan agama Allah kerana kalimah Allah mahu dirampas oleh orang Kristian.Tapi, pada waktu yang sama UMNO mempertahankan lebih 11 lesen judi di seluruh "Negara Islam" Malaysia.
Malahan, UMNO telah menghalalkan judi semenjak tahun 1951 lagi melalui projek "Loteri UMNO 1951", yakni sebelum UMNO memerintah Malaysia. Dengan kata lain, sebelum UMNO memerintah Malaysia, mereka telah pun menghalalkan judi sesama mereka. Apabila mereka memerintah, mereka telah mengeluarkan lesen judi supaya judi dijual berleluasa di Malaysia.
Berbeza dengan MaoZedong yang kafir dan anti tuhan, UMNO jauh lebih hina dan lebih kufur. Kalau Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama boleh nampak betapa buruknya judi, UMNO yang kononnya berjuang agama boleh tak nampak. Ertinya UMNO lebih sesat dari Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama itu.
Jangan lah kita tertipu dgn sandiwara UMNO kononnya mereka memperjuangkan Kalimah Allah. Hakikatnya, puak2 UMNO adalah musuh Allah no 1 setaraf dgn puak2 komunis yang anti tuhan dan anti agama.
Berkat kerjasama PAS-DAP mengagalkan pemberian lesen judi ke 12 (judi bola) kepada syarikat Vinsetan bernama Ascot Sport oleh UMNO yang mengaku berjuang Islam.
Islam ini jelas dan terang. Setiap orang yang mengaku pejuang Islam setiap langkah dan gerak mereka mesti selaras dengan Islam. UMNO bukanlah parti yang berjuang agama dan berjuang Islam.
Patulah benci sangat UMNO dengan komunis. Puak komunis ni benci sangat2 dengan judi yang menjadi kesayangan UMNO