Demikian cabar dua warga asing kepada pihak penguat kuasa Jabatan imigresen Selangor yang mahu memeriksa dokumen mereka dalam serbuan di Subang Ville Ehsan, Petaling Jaya, semalam.
Tindakan itu memaksa anggota bertugas mengambil keputusan untuk memecahkan pintu rumah tersebut selepas mereka enggan membukanya.
Pemeriksaan kemudiannya mendapati salah seorang daripada mereka menggunakan dokumen milik rakannya manakala seorang lagi memiliki dokumen lengkap.
Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, pihaknya sudah membuat Ops 6P di tiga lokasi di Bandar Baru Klang, Bandar Sunway dan Rinching, Sepang.
Othman berkata, dalam operasi itu juga pihaknya memeriksa 48 orang dan menahan 21 warga asing berusia 20 hingga 44 tahun terdiri daripada 16 warga Indonesia, dua lelaki Pakistan, dua lelaki India dan seorang warga Nigeria.
Menurutnya, semua yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau tinggal lebih masa. SH