Grab the widget  IWeb Gator

Monday, June 17, 2013

Panas!! Guan Eng tempelak Mahdzir Khalid


Kos mengepam air mentah dari Sungai Muda sebelah Pulau Pinang bukannya ditanggung oleh Kerajaan Barisan Nasional Kedah.

Justeru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri) berkata, Kedah tidak wajar mengenakan caj air mentah ke atas negeri itu melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagaimana disebut oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini.

"Kami mengambil air dari sungai sendiri menggunakan infrastruktur bekalan air kita sendiri, pada kos kita sendiri.

"Oleh kerana tiada kos di sebelah Kedah, mengapa perlu ada apa-apa bayaran," tanya Guan Eng baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Sungai Muda adalah semula jadi dan bukannya projek buatan manusia sebagaimana skim pemindahan air Johor-Melaka.

Mengapa kita perlu membayar untuk air mentah dari sumber asli yang telah mengalir melalui negeri kita selama berabad-abad," tanya beliau lagi.

Tambah beliau, proses mengepam air mentah Pulau Pinang dibuat dalam sempadan negeri itu, bukkannya seperti seperti Johor yang dipam dari sempadan Johor-Melaka.

Ekoran itu, beliau menasihat Mahdzir (kanan) supaya memahami Konsep Hak Riparian terlebih dahulu sebeum "membuka mulut".

Ini kerana katanya, Konsep Hak Riparian memberikan hak kepada pemilik tanah atau negara untuk mengambil manfaat daripada aliran asli sumber air melalui tanah atau negara mereka.

Terdahulu, Mahdzir pada 11 Jun lepas dilaporkan berkata, terdapat "kes yang kuat" untuk Kedah untuk mengenakan Pulau Pinang untuk air kerana "precedent (telah) yang ditetapkan oleh Johor yang mengenakan caj terhdap Melaka ( untuk air) ". -END

faqar  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular