Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, June 16, 2013

SPR tak ada maruah?

Ambiga gesa kepimpinan SPR nilai diri sendiri
Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga hari ini menggesa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekurang-kurangnya menilai diri sendiri dan mempunyai maruah diri untuk mengakui kesilapan mereka.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ambiga menegaskan kepimpinan SPR perlu serius bertanya diri sendiri sama ada mereka mendapat keyakinan rakyat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pesuruhjaya SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mesti mendapat keyakinan orang ramai.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu lalu yamg mengulangi bahawa pesuruhjaya SPR tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu.

Abdul Aziz berkata barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. - MalaysiaKini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular