PRAGUE 17 Jun - Perdana Menteri Czech, Petr Necas terpaksa meletak jawatan semalam ekoran skandal rasuah dan pengintipan melibatkan pembantu rapatnya.
Peletakan jawatan itu sekali gus menyebabkan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) itu terjerumus kepada situasi tidak pasti berhubung siapa yang akan membentuk kerajaan.
Mengikut Perlembagaan Czech, kesemua kerajaan perlu meletak jawatan dan mungkin akan berlaku tawar menawar antara perikatan kerajaan, pembangkang dan Presiden, sebelum sebarang pengganti dilantik.
Necas meletak jawatan beberapa hari selepas pendakwa raya mendakwa Ketua Pejabat Perdana Menteri, Jana Nagyova kerana merasuah anggota Parlimen dan mengarahkan ejen perisikan mengintip orang ramai. - Sedakasejahtera