Berbagai pihak telah mendesak supaya Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar supaya meletak jawatan. Perletakan jawatan perlu untuk meredahkan kemarahan orang kepada SPR yang didakwa tidak adil dan bersikap berat sebelah.
Alasan kenapa mereka perlu meletak jawatan ialah kerana mereka (SPR) sendiri mengakui akan kesilapan yang dilakukan. Untuk lebih 'lendik' lagi seluruh kakitangan SPR letak jawatan. Ada juga yang mencadangkan supaya suruhanjaya itu dimansuhkan dan diganti dengan sebuah badan bebas yang baru.
Kerajaan juga secara tidak langsung memperakui kelemahan SPR. Pengumuman untuk meletakkan dibawah jawatankuasa khas parlimen yang dianggotai oleh parti pembangkang menjelaskan hakikat itu. Perubahan atau menjelaskan bahawa apa yang dituduh pembangkang ke atas SPR adalah benar. Kalau SPR memang perfect seperti mana didakwa penerajunya kenapa badan itu perlu dialihkan untuk diletakkan di bawah jawatankuasa khas?
Persoalannya apakah desakan itu akan didengari oleh SPR khasnya Aziz dan Wan Omar? Saya ada perbandingan mengenai hal ini untuk melihat apakah Aziz dan Wan Omar berganjak atau tidak. Saya melihat desakan atau rasa judis orang ramai kepada mereka ini samalah dengan rasa judis para peminat bola sepak kepada jurulatih bola sepak pasukan Harimau Malaya, K Rajagopal.
Setiap kali pasukan bola sepak kita kalah maka akan berbunyikan kritikan kepada Rajagopal dan mendesak agarnya letak jawatan. FAM juga didesak supaya mencari pengganti Rajagopal. Rajagopal pula bila setiap kali ada orang tunding jari kepada kekalahan dialami pasukan Harimau Mala dia tidak akan diam dan terus menjawab dengan berbagai alasan.
Ada-ada saja alasan Rajagopal untuk mempertahankan dirinya walaupun ianya tidak kemas dan masuk akal.
Rajagopal akan memberi seribu alasan, berbelit-belit dan berputar-putar macam wayer charger telefon bergumpal dengan wayer charger laptop. Begitu jugalah sikap Aziz dan Wan Ahmad. Dia akan memberi berbagai alasan untuk membela dirinya.
Apakah desakan dan cumuhan ke atas Aziz dan Wan Ahmad itu akan berhasil atau tidak, nah tenguklah apa yang berlaku ke atas Rajagopal? Walaupun sudah beribu kali desakan dan kritikan dilemparkan kepadanya namun Rajagopal tetap utuh di kerusi jawatannya. FAM juga tidak pernah mengenakan apa-apa tindakan ke atas Rajagopal. Seolah-olah FAM sengaja membiarkan Rajagopal untuk menyaksikan pasukan Harimau Malaya terus kalah dan kalah dan kalah.
Bolehlah diumpamakan Aziz Yusuf dan Wan Ahmad sama dengan Rajagopal. Manala kerajaan Malaysia pula samalah dengan FAM, tidak akan terpengaruh dengan desakan umum akan keadaan mereka diperbaiki. Kesimpulannya selagi Rajagopal tetap menjadi jurulatih Malaysia maka Aziz dan Wan Ahmad juga tetap akan jadi pengerusi dan timbalan pengerusi SPR. Nyawa mereka sama walaupun badan berlainan.
Jadi desakan supaya mereka berdua meletak jawatan adalah sia-sia saha, sama seperti sia-sia membenci Rajagopal. Ertinya taraf SPR samalah dengan taraf FAM. [wm.kl.8:09 am 19/06/13]