Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 22, 2011

pergelutan di antara penyokong Anwar dan polis di hadapan pintu kaca untuk masuk ke IPD


Kira-kira 400 penyokong mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap rakaman video fitnah jahat yang dikaitkan dengan beliau di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebentar tadi.
Turut berlaku pergelutan di antara penyokong Anwar dan polis di hadapan pintu kaca untuk masuk ke IPD berkenaan. Anwar kini sedang membuat laporan polis di dalam balai tersebut.
Media semalam digemparkan dengan kemunculan seorang individu dikenali sebagai Dato T, yang memanggil ketua editor-editor media perdana bagi menayangkan rakaman video lucah yang didakwa dilakukan pejuang rakyat itu.
Tayangan itu dilakukan di sebuah hotel ternama di ibu kota.
Ia merupakan fitnah paling jahat yang dilakukan Umno-BN setakat ini bagi menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin rakyat selepas pendakwa gagal mengaitkan Anwar dalam kes fitnah 2.
Petang Semalam, Anwar mengadakan sidang media menafikan sekerasnya-kerasnya tuduhan mengaitkan beliau dalam rakaman video fitnah berkenaan.
Malah Anwar turut menyatakan alibi bahawa pada masa rakaman itu dibuat,  beliau berada bersama keluarga, kakitangannya  dan melayari laman twitter dengan  para penyokongnya.
Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai fitnah jahat dan jijik yang merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi bagi mengaibkan beliau seisi keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular