Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 21, 2011

PANAS!! Di Mana Sebenarnya Anwar Ibrahim Pada 21 Februari 2011??

PANAS!! INI ALIBI!!




Lihat kemas kini Facebook Anwar Ibrahim yang tertera di akaunnya pada Isnin, 21 Februari 2011, jam 1040 malam!




Salah satu bukti Anwar bukan pelakon dalam video. 

Masa rakaman video itu 21 feb 2011, jam 22.23 - 22.45, sama dengan dakwaan DSAI yang sedang update tweeternya dirumah bersama keluarga... 

Esok Persatuan Pendekar dan seluruh AMK Selangor akan menyerahkan beberapa bukti bukti untuk dijadikan evidence dalam dakwaan terbaru UMNO yang keji lagi laknat!

Bukti Anwar Ibrahim sendiri yang menghantar makluman (post) ke Facebook:

1) Anwar menggunakan bahasa yang BIASA digunakannya ketika membalas atau menghantar makluman terkini - Paling ketara ayat INSHAALLAH, bagi yang biasa mengikuti Facebooknya

2) Setiap kali kita baca makluman terkini dari Anwar Ibrahim, sebenarnya ia adalah pautan daripada kiriman asal akaun Twitternya di alamathttp://twitter.com/anwaribrahim dan dari akaun Twitternya lah kesemua makluman terkini yang anda baca di Facebook sebenarnya adalah maklum balasnya.

Pautan dari Twitternya adalah menggunakan simbol hashtag ( # ) dan ditambah fb selepasnya dan hasilnya adalah #fb yang bermaksud pautan dari Twitter juga dihantar ke Facebook dengan buktinya adalah perkataanSelective Tweets. 

Untuk makluman, setakat ini Anwar belum pernah gagal melakukan perkara di atas!


jalanpulang1978.blogspot.com
=======================================

Confirm, Anwar Berada di Tempat Lain pada 21Februari 2010

NOTA EDITOR: Reaksi pertama Anwar Ibrahim adalah mendedahkan bukti keberadaan beliau pada 21 Februari 2011. Anwar Ibrahim ada merakam tweet yang menunjukkan beliau tidak berada di Carcossa. nampaknya percubaan Najib sekali lagi gagal.


Anwar : Video Seks Fitnah Diselaras Pada Peringkat Tertinggi
Monday, 21 March 2011 | Ruangan: Berita

PETALING JAYA 21 Mac : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau.

“Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada ‘tweet’ ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.

“Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

” Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi,”tegas Anwar.

Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau

“Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

“Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak,” tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

“Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.

Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik.

“Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik,” jelas Presiden PKR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular