Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 21, 2011

Azmin dan Anaknya Jalani 2 Ujian DNA Sanggah Isu Anak Luar Nikah Anwar-Shamsidar

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa bahawa beliau telah menjalani dua ujian DNA untuk menyanggah fitnah pihak tertentu yang mendakwa anak bungsunya, Afifa adalah hasil hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isterinya Shamsidar.



Antara poster propaganda yang dibuat oleh jurublog pro-UMCO.


“Pada tahun 2000, anak saya yang berumur tiga tahun turut difitnah dan kami melakukan dua ujian DNA tetapi keputusannya negatif.


“Saya bawa kes ini ke mahkamah dan mendakwa penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri dan akhirnya penulis buku itu dijatuhkan hukuman penjara tetapi dia tidak sempat menerima hukuman kerana meninggal dunia,” katanya kepada hadirin ketika berceramah pada prohram Himpunan Kebangkitan Rakyat Ganti UMNO kedua (PGU2) di belakang Masjid Hadhari, Jertih.

Malah, isu anak bongsu Azmin ini turut menjadi bahan ceramah Ummi Hafilda untuk memburuk-burukkan abangnya dan Anwar Ibrahim. Isu anak bongsu ini juga mnejadi bahan fitnah yang popular dalam kalangan jurublog UMCO. Teori yang paling popular apabila mereka mendakwa Azmin mengambil sampel darah anaknya yang lain untuk menutup skandal Anwar-Shamsidar. 

Gila! Adakah Azmin masih mahu mempertahankan perkahwinannya jika isterinya berlaku curang? Ada yang menuduh Azmin dibayar sejumlah wang untuk menutup rahsia itu. Gila! Adakah duit dapat menutup maruah Azmin jika benar-benar isterinya berlaku curang?

Yang pasti teori hanya teori apabila mahkamah seperti yang dinyatakan oleh Azmin telah menjatuhkan hukuman kepada penulis 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri kerana isu tersebut.

Dalam ceramah yang sama, Azmin menjelaskan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung dengan perbicaraan tuduhan kes liwat yang dihadapinya. Azmin berkata, beliau sering mengingatkan Anwar demikian kerana bimbang, DNA yang diserahkan itu sebaliknya akan dijadikan perangkap oleh pihak tertentu untuk menganiaya Anwar.

"Setakat ini, tidak ada alasan kukuh mengapa Datuk Seri Anwar perlu serahkan sampel DNA sebagaimana tuntutan oleh pihak tertentu supaya beliau berbuat demikian," katanya. duniacacamarba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular