Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 17, 2011

UMNO Biarkan Sarang Pelacur J/Petaling & Thambipillay, Brickfields



Najib tak pandang pusat maksiat di depan matanya.. Kerana itulah dasar UMNO?
KL 16 Fen 11: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak masih membiarkan pusat maksiat, seperti sarang pelacuran, judi, pusat hiburan dan lain-lain pusat maksiat lagi. Contohnya, cuti umum sambutan Maulid Nabi semalam menjadikan rumah pelacuran di sepanjang Jalan Petaling dan Thambipillay, Brickfields, di sini, seolah-olah pesta kepada warga asing yang mula berkumpul di kawasan itu seawal jam 8 pagi.
Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati lokasi terbabit dikunjungi warga asing yang datang semata-mata untuk memenuhi nafsu mereka. Berdasarkan pemantauan hampir dua jam, kebanyakan pelanggan di kalangan warga asing terbabit dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Myanmar. Kebanyakan mereka berpusu-pusu memasuki pintu kecil di tingkat bawah rumah pelacuran yang berselindung di sebalik bangunan rumah kedai usang di kawasan berkenaan.

Pintu kecil menghubungkan tangga ke tingkat atas rumah kedai dua tingkat itu dikawal tonto atau bapa ayam yang memantau kehadiran pihak berkuasa. Wartawan yang memasuki rumah pelacuran itu mendapati keadaan di dalam rumah pelacuran terbabit meriah dengan gelak tawa puluhan gadis pelacur yang menanti kedatangan pelanggan.
Rata-rata pelacur berusia awal 20-an terbabit yang dipercayai warga Filipina dan Indonesia boleh dilanggan hanya dengan harga RM20 hingga RM30 sekali perkhidmatan. Bagi menarik perhatian pelanggan di kalangan warga asing, kebanyakan gadis terbabit memakai pakaian seksi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Umat Islam Malaysia boleh bedakan, mana lebih baik pimpinan PAS Kelantan dengan pimpinan UMNO yang sudah sama tua kerajaan persekutuan, walaupun di bawah perlembagaan yang sama. (IH)
Sebelum ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular