... memang jahat akhbar kosmo apabila memfitnah kerajaan Kelantan dengan memfitnah bahawa kegiatan pelacuran dah berlaku sejak 20 tahun lagi (yg dibulatkan)... padahal berita kosmo sendiri di cedok daripada berita BERNAMA.... yang xde sebut pun pasal berapa tahun dah beroperasi...dan lebih celaka meletakkan tajuk 'gedung'... seolah-oleh ada 600 org pelacur kat situ...apa ignat di gedung beli belah ka?? memang celaka!!!
Berita asal BERNAMA
Pusat pelacuran runtuh dalam serbuan
KOTA BAHARU, 15 Feb - (Bernama) Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.
Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.
Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.
Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).
“Lapan rakyat Malaysia berketurunan Siam ditemui di dalam dan luar rumah itu iaitu dua kanak-kanak, tiga lelaki dan tiga wanita,” katanya kepada pemberita hari ini.– Bernama