Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 14, 2011

Suruhanjaya Diraja tolak permohonan keluarga Beng Hock


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock hari ini menolak permohonan keluarga mangsa itu untuk menyingkirkan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan prosiding berkenaan.
Suruhanjaya berkenaan turut menetapkan supaya prosiding itu diteruskan walau semakan inkues yang difailkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada awal bulan lalu belum diputuskan.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang mempengerusikan suruhanjaya tersebut.
Terdahulu, peguam yang mewakili keluarga Teoh antara lainnya membangkitkan isu berhubung kedudukan dua timbalan pendakwa raya dalam suruhanjaya itu.
Timbalan perndakwa raya berkenaan, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Amarjeet Singh didakwa tidak dapat bertindak secara bebas disebabkan semakan kehakiman itu.
Turut dipertikaikan ialah kedudukan seorang lagi pegawai pengendali suruhanjaya itu, Kwan Li Sa atas alasan sama.
Peguam Gobind Singh Deo, Karpal Singh dan Malik Imtiaz Sarwar mewakili keluarga Teoh dalam prosiding suruhanjaya diraja yang bermula hari ini.
Mengikut Malaysiakini, Gobind dalam hujahnya berkata, pegawai pengendali dalam suruhanjaya itu perlu bertindak tanpa memihak sedangkan peguam negara merupakan pegawai yang berkuasa ke atas timbalan pendakwa raya berkenaan.
Dalam kenyataan balasnya, Amarjeet menjelaskan, autoriti mereka ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan surat pelantikan yang diterima dan bukannya daripada pejabat peguam negara.
Dalam pada itu, Foong pula memberi jaminan ketiga-tiga timbalan pendakwa raya itu akan bertindak dengan bebas.
Katanya lagi, keputusan untuk menyingkirkan timbalan pendakwa raya berkenaan tertakluk kepada budi bicara suruhanjaya berkenaan.
Prosiding yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan disambung semula pada hari Rabu. http://fun.ly/a4hq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular