“Apakah sejak Gelombang Merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kenyataan Mustapa seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan.
Tambahnya, jika benar ada kegiatan seperti begitu di Kota Bharu, Mustapa tidak boleh untuk berdiam diri.
“Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa.
“Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli PAS yang bersetongkol dengan kegiatan ini, PAS akan mengambil tindakan,” tegasnya.
Baca selanjutnya SINI