Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 13, 2011

Politik dan Islam:Jangan Keliru dan cuba mengelirukan!!

Ada ke Politik dalam Islam? Kita lihat sirah perjalanan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika mana baginda menubuhkan Negara Islam pertama di dunia iaitu Madinah Al-Munawwarah. Nabi ketika itu bukan sahaja bertindak sebagai seorang penyampai risalah kenabian,mengajak ke arah ma’ruf dan mecegah kemungkaran akan tetapi baginda juga merupakan seorang pemimpin politik /pentadbir Negara. Kalau di sini,kita boleh katakan Dato’ Seri Perdana Menteri.




Kemudian,disusuli dengan pengisytiharan Perlembagaan Madinah ataupun Sahifah Madinah sebagai teras pentadbiran kerajaan Madinah pada masa itu. 
Imam Al-Mawardi telah menafsirkan peranan khalifah sebagai pentadbir bumi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan. Dalam Kitab Al-Ahkam Sultaniyyah, Al-Mawardi menggariskan peranan khalifah sebagai mentadbir urusan manusia dan urusan dunia (siasah) dengan syariat Deen. 

Hadis ke -34,dalam Matan Arbain karangan Imam Muhyidin abu Zakariyya Yahya Bin sharif Al-Nawawi “Dari Abi Sa’id al-Khudri RA katanya;Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya.Jika sekiranya ia tidak berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman”. Riwayat oleh Muslim.

Dalam kitab itu turut disyarahkan peringkat-peringkat mencegah kemungkaran.Peringkat yang tertinggi sekali itu dinyatakan secara jelas dengan menggunakan tangan yakni dengan kekuatan atau dengan kekuasaan orangnya menurut cara yang berkesan. Hal ini merujuk kepada kuasa pentadbiran.Dalam konteks Negara maka ia akan berkaitan dengan sistem pemerolehan kuasa tersebut sama ada melalui perlantikan mahupun pilihan raya.Pokoknya,ia menyentuh tentang sistem politik ataupun sistem pentadbiran sesebuah Negara/negeri/kawasan/masyarakat.

Maka amat penting dalam kita mengambil secara syumulnya Islam.Dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab mengatakan politik tidak ada dalam islam adalah satu usaha pemisahan Islam daripada elemen kehidupan manusia dan ini merupakan usaha pensekularan yang dipelopori oleh golongan sekular sejak dahulu lagi seperti Syeikh Abdul Raziq di Mesir.

Maklumat seterusnya di [ SINI ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular