Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 13, 2011

KUASA RAKYAT SUARA KERAMAT



usinkata;..Kejayaan rakyat Mesir menghalau Hosni Mubarak turun dari takhta Presiden mendapat pujian satu dunia termasuklah di Malaysia..Itulah.. Kuasa Rakyat...Suara Keramat..

Untuk itu bersempena kemenangan rakyat Mesir..hati ini ingin mengajak kembali ke belakang zaman ketika di era 1970an..dimana ketika itu Kuasa Rakyat Suara Keramat berkumandang diudara membela golongan rakyat miskin nun jauh diutara sana..semoga paparan ini dapat memberikan satu pengajaran kepada golongan muda yg sememangnya belum lahir ketika itu (termasuklah aku)...bahawa Kuasa Rakyat Malaysia setara hebatnya seperti mana kini yg berlaku ke atas rakyat Tunisia dan Mesir..

Apa yang akan dipaparkan nanti satu peristiwa sejarah yg telah tertulis dan perlu dikaji oleh golongan muda masa kini..

Mengapa kita perlu mengkaji sejarah ..? Kerana sejarah membentuk masa kini, maka sekiranya kita salah memahami sejarah lampau, besar kemunkinan kita salah faham mengenai masa kini kita sendiri.Kesanya mungkin membawa kepada tindakan yang tidak dapat dijustifikasikan oleh sejarah hari ini.- Afareez Abd Razak Al-Hafiz

Pada 22 dan 25 November 1974,beribu-ribu orang petani miskin mengadakan perarakan lapar kerana membantah kenaikan harga barang keperluan harian dan kejatuhan harga getah yang mereka hasilkan.Mereka juga hendak menarik perhatian terhadap berita bahawa beberapa orang anak petani miskin menjadi korban kelaparan.Khabarnya ,kanak-kanak ini keracunan setelah makan ubi gadung,yang tidak dibasuh dengan bersih ,oleh kerana ibu bapa mereka kekurangan wang untuk memberi makanan.

Walaupun perarakan lapar itu menjelmakan masalah rakyat yang serius,namun menteri,pegawai dan media semuanya cuba hendak menyembunyikan daripada pengetahuan umum.Tindakan mereka tidak diambil hirau oleh pihak berkuasa.Semuanya membisu seribu bahasaterhadap hal-hal yang ditimbulkan .akan tetapi,masakan bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru.Suratkhabar Tionghua melaporkannya sedikit,akan tetapi tidak ramai yang membaca.Orang Melayu tidak tahu sama sekali mengenainya.

Satu hari,seorang pelajar dari Kedah datang ke rumah memberitahu tentang perarakan di Baling itu.Aku ceritakan kepada beberapa orang pemimpin pelajar di Universiti Malaya(UM).Mereka pergi memastikan cerita tersebut, dan selepas ini membuat keputusan menunjukkan perasaan ata berdemo,untuk menarik perhatian umum terhadapnya.

Mula-mula siswa di UM berdemo.Kemudian berjangkit ke Institut Teknologi MARA (ITM) Universiti Kebangsaan (UKM) di Kuala Lumpur, Universiti Sains (USM) di Pulau Pinang dan Politeknik Ungku Omar di Ipoh pula.Para pelajar mulai sedar akan erti peristiwa di Baling itu.Dengan melancarkan tunjuk perasaan,mereka berharap agar dapat ,menarik perhatian umum dan kerajaan mengambil langkah segera bagi membaiki keadaan rakyat tani yang miskin itu.

Kebetulanya,semaa petani Baling menjerit suara penderitaan mereka,Parlimen yang baru dipilih mengambil keputusan menaikan elaun bulanan anggotanya daripada RM1000 kepada RM1500.Ini seumpama menyiram benzin ke atas kemarahan para pelajar.Mereka bukan saja bertambah kuat menuntut pembelaan hak rakyat bahkan bertambah lantang membantah tindakan Parlimen.

Apabila mereka mendapati tindakan dalam lingkungan kampus masing-masing tidak berkesan, para pelajar ini mengambil keputusan berkumpul di Kuala Lumpur untuk mengadakan satu rapat raksaskadi tengah-tengah ibu kota itu sendiri.Mereka berhimpun di Padang Kelab Selangor pada 3 Disember 1974.Rapat itu disertai pelajar daripada hampir semua pusat pendidikan tinggi, terdiri daripada berbagai-bagai kaum ,sungguhpun majoritinya Melayu.Mereka membuktikan kemampuan tenaga pelajar bersatu dan bertindak memperjuangkan tuntutan dan hak rakyat tertindas dibumi mereka berpijak.

Rapat yang bermula secara aman menjadi kelam-kabt oleh sebab tindakan liar pihak polis mengepung pelajar-pelajar itu dan menghujani mereka dengan bom gas pemedih mata .Sebahagian besar pelajar bertempiaran lari,kebanyakan menuju ke masjid dan hanya berkumpul dihadapanya.Keadaan bertambah buruk apabila pihak polis menembak gas pemedih mata ke arah pelajar di luar dan dalam masjid itu.

Ejek-mengejek berlaku .Pihak polis merempuh kumpulan pelajar di luar masjidmemukul serta menangkap sejumlah mereka.Kemudian mereka merempuh masuk ke dalam masjid pula, tanpa menanggalkan but,sambil terus melepaskan tembakan gas pemedih mata.Inilah yang mengakibatkan banyak kerosakan ; akan tetapi, para pelajar yang baru saja selesai sembahyang ditangkap.

Pelajar-pelajar berdemo lagi dalam kawasan kampus masing-masing.Semakin hari semakin hebat.Rapat-rapat umum yang diadakan di dewan-dewan besar melimpah sampai keluar dengan pelajar.Ramai pemimpin pelajar berucap dengan berapi-api.Keadaan semakin serius .Perdana Menteri ,Tun Razak,muncul di kaca televisyen ,berucap dengan nada yang keras dan memberi amaran akan menangkap para pelajar serta pensyarah yang dituduh menimbulkan kekacauan.

Akan tetapi ,para pelajar tetap tegas dengan pendirian serta tindakan mereka.Mereka menganggap adalah hak dan tanggungjawab mereka membela nasib petani miskin dan bercakap benar tentang berbagai-bagai kecuaian pemerintah.Pada 6 Disember polis memperhebatkan serangan mereka dengan gas pemedih mata.Mengikut cerita,di luar UM setengah-setengah daripada bom gas ini ditembak juga menghala Kampung Kerinci,dimana beberapa orang pelajar disyaki berkumpul.

Kononya , ada bom gas itu yang mencederakan kanak-kanak .In menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk Kampung Kerinci pula.Malam itu, sebilangan pelajar bergabung tenaga dengan beberapa orang penduduk kampung itu dan "mengamuk".Mereka berarak di lebuhraya Persekutuan.Ada diantara mereka ,dalam keadaan marah,telah memecahkan lampu isyarat dan menyekat jalan dengan kayu dan batu.Lebuhraya seperti diserang puting beliung.

usintambah; Kemudian berlakulah penahanan dan penangkapan beberapa belia(anak muda),para mahasiswa,pemimpin mahasiswa dan para pensyarahnya dan yg telah di I.S.A kan termasuk Prof Dr Syed Husin, Anwar Ibrahim( Presiden Abim), Kamarazaman Yaacob(Presiden PMUM), Adi Satira Ahmad (Timbanlan Setiausaha Agung PMUM), Ibrahim Ali (Presiden PPITM..sekarang Presiden Perkasa)..


*sumber ; petikan buku - Dua Wajah;Tahanan Tanpa Bicara - nukilan Prof Dr Syed Husin Ali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular