Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 16, 2011

Gara-gara sikap samseng ahli Umno, petugas Pakatan ditahan polis


MELAKA: Gara-gara sikap samseng ahli Umno yang sengaja membuat kacau semasa ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai,  Merlimau, seorang petugas Pakatan Rakyat ditahan polis.
Kejadian semalam disahkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban yang mendakwa pergaduhan berpunca tindakan ahli Umno tersebut ingin melanggar petugas Pakatan yang sedang menjaga tapak ceramah.

“Ahli Umno itu menunggang motosikal yang membawa bendera partinya melakukan cubaan untuk melanggar petugas PR. Ekoran itu, pemuda Pakatan yang mula berang dengan tindakan ahli Umno itu cuba menghalaunya daripada membuat kacau.
“Polis yang melihat kejadian itu telah menahan petugas PR dan membawanya ke Balai Polis Merlimau untuk disoal siasat lebih kurang jam 11 malam,” kata Mahani ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Mahani berkata, selepas menyedari perkara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan bapa saudara pemuda itu terus ke balai polis.
“Selepas sejam ditahan polis, pemuda itu dibebaskan tanpa jaminan dengan pertolongan Shamsul. Perkara tersebut tidak dipanjangkan dan dikira sudah selesai,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular