Ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Hatta Ramli dan Hj Mohammad Sabu mendapat sambutan yang cukup hangat. Kira-kira 5.000 rakyat pelbagai kaum bersesa-sesak sejak awal ceramah lagi bagi mendapatkan tempat strategik di bahagian hadapan.
Sebaliknya ceramah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dihadiri oleh kira-kira 60 orang sahaja. Terbukti aura seorang Ketua Menteri tidak langsung menarik minat rakyat hatta penyokong Umno/BN sendiri untuk mendengarnya.
Umno/BN menganjurkan ceramah tersebut mungkin bertujuan untuk menarik sokongan penduduk setempat supaya tidak mendengar ceramah PR. Namun perkara sebaliknya berlaku di mana Mohd Ali sendiri dimalukan penyokong tegarnya.